Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Arab Saudi Tamatkan Kebanyakan...

RIYADH : Arab Saudi semalam membatalkan kebanyakan sekatan COVID-19, termasuk penjarakan fizikal di...

PDRM Pertimbang Bagi Ganjaran...

SHAH ALAM - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mempertimbangkan ganjaran kepada mana-mana pihak...

‘Jaga Tepi Kain Orang’...

PUTRAJAYA - Penjawat awam kini tidak lagi boleh bersikap “jangan jaga tepi kain...

Jabatan Imigresen Kedah Berkas...

LANGKAWI - Tujuh puluh sembilan warga asing diberkas dalam operasi Jabatan Imigresen Kedah...

Kertas Siasatan Pegawai Ugut Polis Telah Siap

GEORGE TOWN – Kertas siasatan berhubung kes seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang didakwa meminta rasuah daripada seorang pegawai polis di Pulau Pinang telah dihantar kepada Timbalan Pendakwa Raya semalam untuk tindakan selanjutnya.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Chuah Ghee Lye berkata pihaknya telah melengkapkan kertas siasatan kes itu dan menunggu arahan selanjutnya daripada Timbalan Pendakwa Raya sama ada pegawai berusia 38 tahun berkenaan didakwa di mahkamah atau sebaliknya.

“Pegawai yang bertugas di Unit Risikan Zon Utara SPRM Putrajaya itu tamat reman semalam dan dia telah dibebaskan dengan jaminan polis. Siasatan kes itu juga telah siap dan kami tunggu arahan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.

Jumaat lepas, pegawai itu ditahan di sebuah restoran di Taman Machang Bubok di sini, pada 10.20 malam selepas dipercayai menerima RM3,000 hasil pemerasan daripada pegawai polis dan direman lima hari bagi membantu siasatan.

Polis turut merampas kad kuasa, beg sandang, dua kelongsong peluru 9mm, telefon bimbit dan sebuah kereta Volkswagen daripada pegawai SPRM itu.

Chuah berkata berdasarkan siasatan, pegawai SPRM itu terlibat dalam kegiatan pemerasan membabitkan beberapa pegawai polis di Pulau Pinang sejak dua tahun lepas.


Sementara itu, beliau berkata polis kontinjen Pulau Pinang akan terus memerangi kegiatan perjudian di negeri itu dengan menjalankan operasi bersepadu di Pusat Hiburan Keluarga yang menyalah guna lesen serta premis mesin judi haram.

“Sejak Januari hingga Jun, sebanyak 211 premis mesin judi telah diperiksa dan sebanyak 325 tangkapan membabitkan pemain serta pekerja dibuat. Dalam tempoh sama kami juga merampas 703 mesin judi, simulator dan komputer riba yang digunakan untuk aktiviti perjudian,” katanya.

Selasa lepas, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengarahkan polis Pulau Pinang memerangi habis-habisan kegiatan perjudian yang disifatkannya sebagai semakin serius di negeri ini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri turut mahu mereka yang terlibat dalam kegiatan itu terutama dalangnya ditangkap dan didakwa di mahkamah. – BERNAMA

Kategori