Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Gambar Warga Emas Ajar...

INI bukti bahawa manusia zaman ini masih peka dan prihatin antara satu sama...

Kerajaan Pertimbang Kenaikan Tambang...

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan mempertimbangkan permintaan pengusaha bas ekspres untuk menaikkan tambang...

Nur Rozi Yanti Stabil...

KUALA LUMPUR - Pelumba pelapis berbasikal lebuh raya negara, Nur Rozi Yanti Mat...

Wajah Pemandu Langgar Geng...

SEPERTI sedia maklum, minggu lalu negara kita dikejutkan dengan berita lapan remaja berbasikal maut...

Kertas Siasatan Pemandu Uber Kena Pukul Selesai

GEORGE TOWN – Polis telah melengkapkan kertas siasatan kes seorang pemandu Uber yang cedera dipukul sekumpulan lelaki selepas didakwa mencabul wanita Vietnam di Paya Terubung di sini, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Anuar Omar berkata kertas siasatan itu akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya esok dengan cadangan mereka yang terlibat didakwa di mahkamah.

Katanya enam lelaki berusia 29 hingga 40 tahun yang direman sehingga hari ini bagi membantu siasatan kes pukul pemandu Uber itu dibebaskan dengan jaminan polis.

Beliau berkata pemandu Uber berusia 29 tahun pula akan tamat reman esok manakala wanita Vietnam berumur 43 tahun kini masih direman oleh Jabatan Imigresen Malaysia Pulau Pinang kerana masih dalam siasatan untuk dapatkan laporan pasportnya.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 petang Selasa itu, pemandu berkenaan dibelasah lebih 10 lelaki selepas didakwa membuka seluar dan menarik tangan mangsa supaya memegang kemaluannya ketika membawa wanita berkenaan dari Lintang Paya Terubong ke Agryll Road, George Town. – BERNAMA

Kategori