Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Kebajikan, Kemajuan Ekonomi Agenda...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merakamkan ucapan terima...

Gerakan Kedah Yakin Rampas...

ALOR SETAR – Parti Gerakan Kedah yakin mempunyai peluang cerah untuk memenangi semula...

Wanita Pakai Kasut Tumit...

WASHINGTON - Wajib rasanya bagi seorang wanita untuk memiliki sepasang kasut tumit tinggi...

Tukar Gambar Profil, Erin...

LEWAT kebelakangan ini, pelakon Erin Malek sering memuat naik gambarnya memakai tudung litup...

Kerusi DUN Nenggiri Kosong, Penyandang Diisytihar Muflis

KOTA BHARU – Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Datuk Abdullah Ya’kub mengisytiharkan kerusi DUN Nenggiri kosong berikutan penyandangnya Datuk Mat Yusoff Abdul Ghani muflis.

Abdullah berkata DUN Kelantan menerima surat pemakluman daripada Jabatan Insolvensi Malaysia cawangan Selangor pada 28 Mei lepas yang memaklumkan Mat Yusoff daripada Barisan Nasional (BN) telah muflis.

“Perkara 31(1)(b) Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Negeri Kelantan menyatakan seseorang yang muflis dan masih belum diselesaikan tidak layak menjadi anggota Dewan (Undangan) Negeri (Kelantan),” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di Kompleks Kota Darul Naim di sini, hari ini.

Abdullah berkata pihaknya akan memaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai kekosongan kerusi DUN Nenggiri pada Ahad ini untuk tindakan lanjut.

Pada pilihan raya umum ke-13 lalu (PRU13) Mat Yusoff menewaskan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohammad Azihan Che Seman dan calon Bebas Abdul Aziz Mohamed dengan majoriti 3,849 undi.

Abdullah berkata pihaknya dimaklumkan oleh Jabatan Insolvensi bahawa Mat Yusoff dikenakan hukuman kebankrapan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 9 November 2016 atas permohonan sebuah bank dan jabatan itu.

Bagaimanapun, beliau berkata pihaknya hanya menerima surat daripada Jabatan Insolvensi berhubung perkara berkenaan pada 28 Mei lepas manakala daripada Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Kelantan pada 21 Mei lalu.


Sementara itu, Pengarah SPR Kelantan, Fakhrul Razi Ab Wahab berkata pihaknya sedang menunggu notis makluman berhubung pengosongan kerusi berkenaan daripada speaker.

Beliau berkata berikutan DUN Kelantan telah mencapai mandat selama tiga tahun selepas PRU13 lepas pada Mei 2013, maka kelazimannya pilihan raya kecil tidak perlu diadakan.

“Bagaimanapun terserah kepada budi bicara speaker DUN Kelantan untuk mengadakan pilihan raya kecil ataupun tidak,” katanya ketika dihubungi Bernama. – BERNAMA

Kategori