Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Perbualan Terakhir Hassan –...

Oleh: Muhammad Syafiq Azman "DIA membayangkan seperti salah seorang akan pergi, dan rupa-rupanya dia...

UMNO, PAS, BERSATU Wujud...

KUALA LUMPUR - UMNO, PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) sudah memutuskan...

Pamer Semangat Patriotisme Dengan...

SIBU - Masyarakat di bahagian Sibu diseru menunjukkan semangat patriotisme dengan mengibarkan Jalur...

Suspek Panjat Kereta Khayal...

KOTA KINABALU - Seorang lelaki yang memanjat bumbung sebuah PERODUA Myvi di bulatan...

Kes Bunuh Zulfarhan: Cuma 6 Penuntut UPNM Didakwa

KUALA LUMPUR – Kes bunuh Zulfarhan Osman Zulkarnain mencetuskan persoalan apabila hanya enam penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) didakwa di mahkamah semalam.

Kesemua penuntut yang berusia 21 tahun itu hanya mengangguk tanda faham selepas pertuduhan membunuh dan bersubahat dikenakan terhadap mereka selesai dibacakan di hadapan Majistret Siti Radziah Kamarudin.

Mengikut pertuduhan, Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Azamuddin Md. Sofi, Muhammad Najib Mohd. Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat dan Mohamad Shobirin Sabri didakwa bersama-sama membunuh mangsa.

Kejadian tersebut dilakukan di sebuah bilik bernombor 04-10, blok penginapan asrama Jebat, UPNM, Kem Perdana, Sungai Besi di sini antara pukul 4.45 pagi dan pukul 5.45 pagi, 22 Mei lalu.

Pertuduhan terhadap mereka dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Pada Rabu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Selangor, Senior Asisten Komisioner  Fadzil Ahmad berkata, hanya sebahagian daripada 32 pelajar UPNM itu bakal didakwa di mahkamah setelah tempoh reman tamat.

Seorang lagi penuntut, Abdoul Hakeem Mohd. Ali pula didakwa bersubahat dengan lima tertuduh melakukan perbuatan itu pada masa dan tempat sama mengikut Seksyen 109 dan dibaca bersama Seksyen 302 kanun sama.

Ia turut memperuntukkan hukuman serupa. Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh dan mahkamah kemudian menetapkan 14 Ogos depan untuk sebutan semula kes.

Sementara itu, mereka bersama 13 penuntut lain mengaku tidak bersalah atas pertuduhan dengan sengaja mencederakan dan menyebabkan cedera terhadap mangsa bagi maksud hendak memerasnya untuk mendapatkan pengakuan mencuri komputer riba.


Mereka ialah Mohd. Hafiz Fauzan Ismail; Mohamad Lukhmanul Hakim Mohd. Zain; Ahmad Shafwan Berdal; Muhammad Amirul Asraff Mala; Luqman Hakim Shamsuri; Muhammad Sufi Mohd Mustapha Noriznan Izzairi Noor Azhar; Muhamad Ashraf Abdullah; Muhammad Danial Firdaus Azmir; Muhammad Hasif Ismail; Muhammad Akmal Akif Alias; Muhammad Adib Iman Fuad Adi Sany; Mohamad Syazwan Musa, yang kesemua berumur 21 tahun.

Perbuatan tersebut didakwa dilakukan di dalam bilik 03-05, blok penginapan asrama Jebat, universiti tersebut, antara 2.30 pagi dan 5.30 pagi, 21 Mei lalu dan di bilik 04-10, antara pukul 1.30 pagi dan 4.30 pagi, 22 Mei lalu.

Pertuduhan terhadap kesemua penuntut itu dikemukakan mengikut Seksyen 330 kanun sama dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda.

Mahkamah membenarkan ke­semua tertuduh yang diwakili peguam Mohd. Fadhly Hashim diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 18 Julai untuk sebutan.

Zulfarhan Osman, 21, Pegawai Kadet Laut UPNM meninggal dunia di Hospital Serdang kira-kira pukul 10 malam, 1 Jun lalu dengan kesan lebam dan melecur pada badan dipercayai didera dengan seterika wap selepas dituduh mencuri komputer riba.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Nordin Ismail. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori