Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan...

PKPB yang sebelum ini dilaksanakan dari 4 hingga 12 Mei membenarkan beberapa sektor ekonomi beroperasi semula, tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM). - MYNEWSHUB

Sempat Beri Bantuan CPR...

BATU KAWAN - Seorang mangsa dipanah petir sempat memberi bantuan pernafasan (CPR) kepada...

Polis Marin Rampas Rokok...

KUANTAN - Seorang lelaki ditahan bersama 58,500 karton rokok seludup yang dianggarkan bernilai...

Lelaki Disyaki Pengedar Dadah...

KOTA TINGGI - Polis menahan seorang lelaki disyaki pengedar dadah dalam serbuan di...

Kes Jong-nam: 16 Jun Ditetapkan Pengurusan Kes

KUALA LUMPUR – Kes dua wanita asing yang dituduh membunuh Kim Chol atau Kim Jong-nam, abang kepada pemimpin Korea Utara Kim Jong-un, ditetapkan untuk pengurusan kes pada 16 Jun ini.

Perkara itu ditetapkan untuk pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Shah Alam, Mohamad Nasrudin Mohamed pada 9 pagi tadi.

Peguam Hisyam Teh Poh Teik, mewakili warga Vietnam Doan Thi Huong, 28, mengesahkan perkara itu dan berkata kedua-dua tertuduh akan dibawa ke mahkamah pada hari berkenaan.

Siti Aisyah, 25, dari Indonesia dan Doan didakwa bersama empat orang lagi yang masih bebas, membunuh Kim Chol, 45, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada 9 pagi 13 Februari lepas.

Kedua-duanya didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pada 30 Mei lepas, Mahkamah Majistret Sepang memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi Shah Alam selepas membenarkan permohonan oleh Pengarah Pendakwaan Selangor Muhamad Iskandar Ahmad supaya kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi berdasarkan Seksyen 177A Kanun Prosedur Jenayah.


Pengakuan mereka akan direkodkan semasa sebutan semula kes di Mahkamah Tinggi Shah Alam kerana hukuman mati adalah di bawah bidang kuasa mahkamah itu.

Dilaporkan bahawa Jong-nam berada di klia2 pada 13 Februari untuk menaiki penerbangan ke Macau apabila dua wanita mendekatinya lalu menyapu mukanya dengan cecair toksik yang kemudiannya dikenal pasti sebagai agen saraf VX.

Jong-nam, yang memiliki pasport tertera nama Kim Chol meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya. Beliau datang ke Malaysia pada 6 Feb. – BERNAMA

Kategori