Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Justin Bieber Disaman RM267,400...

New York - Justin Bieber dilapor membayar jirannya AS$80,000 (RM267,400) baru-baru ini kerana...

Harga Tiket Bukit Bendera...

GEORGE TOWN - Kenaikan kadar tiket untuk perkhidmatan kereta api kabel atau funikular...

ATM Nafi Sertai Operasi...

BACA: ATM Sertai Operasi Ketenteran Ke Atas YamanKUALA LUMPUR - Angkatan Tentera Malaysia...

Pakai Tudung Di Masjid...

Ahli Parlimen Segambut dari DAP, Hannah Yeoh tidak kesal dengan tindakannya memakai tudung...

Khalid Dijadual Bersara KPN Pada September

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan bahwa beliau dijadual bersara wajib pada 5 September depan.

“Ya saya bersara wajib bulan September ini, saya cukup 60 tahun,” katanya kepada pemberita selepas majlis serah terima tugas Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik di Bukit Aman, di sini hari ini.

Pada majlis itu, DCP Datuk Mahamad Akhir Darus yang memulakan kerjayanya dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak 1976 bersara wajib pada 18 Jun ini diganti oleh Ketua Polis Daerah Brickfields, SAC Sharul Othman Mansor.

Khalid mula menyertai pasukan polis sebagai inspektor di Pusat Latihan Polis, Kuala Lumpur pada 5 Disember 1976 dan mula memegang jawatan Ketua Polis Negara pada 17 Mei 2013 menggantikan Tan Sri Ismail Omar.

Ketika diminta mengulas dakwaan portal Sarawak Report yang mengaitkan hubungan beliau dan beberapa pegawai tertinggi PDRM dengan Gopinathan Krishnan atau Gopi, suspek kes melindungi pusat judi haram di Melaka, Khalid sekali lagi menegaskan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu diberi ruang menyiasat perkara itu dan polis tidak akan campur tangan.


Sarawak Report ini sengaja hendak memburuk-burukkan saya dan organisasi saya. Kita dah tahu kes itu sedang disiasat SPRM, biarlah SPRM siasat, kalau ada perkara-perkara atau kesalahan yang dilakukan oleh sesiapa, sama ada Gopi ataupun pegawai saya, tindakan akan diambil.

“Tak payah la Sarawak Report nak tambah semangkuk (campur tangan) pula, biarlah SPRM menjalankan siasatan dan tunggu laporan mereka,” katanya. – BERNAMA

Kategori