Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Banjir: Bayaran Bantuan Wang...

PASIR MAS: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata bayaran Bantuan Wang...

Tak Puas Hati Didenda,...

SEORANG lelaki membayar denda $212 (RM 865.00) dengan 22,000 keping syiling kerana terlalu...

Beri Peluang PAS Terangkan...

KUALA LUMPUR - PAS menyelar Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP kerana terburu-buru...

Fenomena El-Nino Jejas Pengeluaran...

KANGAR - Fenomina El-Nino dijangka menjejaskan pengeluaran mempelam harumanis pada musim tahun ini...

Kisah Gara-Gara Gempur Peniaga Tiada Lesen

KECOH di media sosial hari ini apabila tular video memaparkan penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diserang dengan penyembur lada hingga menyebabkan kecederaan.

Dalam kejadian tengah hari semalam, seorang penguatkuasa DBKL berusia 22 tahun disembur oleh sekumpulan lelaki tidak dikenali di Medan Bunus 6, Jalan Bunus, Kuala Lumpur kira-kira pukul 12.36 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd. Sukri Kaman berkata, ketika kejadian mangsa bersama beberapa penguatkuasa lain sedang menjalankan tugas menyita penjaja air tanpa lesen.

“Mangsa mengalami bengkak di seluruh badan dan menerima rawatan di Hopsital Kuala Lumpur.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaaan atas kesalahan menggunakan kekerasan jenayah terhadap penjawat awam ketika menjalankan tugas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Susulan itu, seorang lelaki berusia 29 tahun ditahan bagi membantu siasatan pihak polis.

Baca: Video: Petugas DBKL Diserang Penyembur Lada

Jelasnya, sebelum kejadian tersebut polis menerima satu laporan berhubung kes tetak dan pergaduhan di Jalan Masjid India kira-kira jam 3.40 pagi Selasa.

Menurutnya, mangsa seorang lelaki berusia 22 tahun dipukul kira-kira 10 orang lelaki tidak dikenali.

“Mangsa ditetak dengan parang dan mendapat kecederaan di kepala serta kini mendapat rawatan di Hopsital Kuala Lumpur.

“Kes disiasat mengikut Sekyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh menggunakan senjata berbahaya,” katanya.


Susulan kejadian pergaduhan itu, polis bersama DBKL dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menjalankan Ops Bersepadu Khas di Jalan Masjid India dan kawasan sekitar semalam bagi mengesan suspek.

Mohd. Sukri berkata, seramai 40 orang diperiksa dan tujuh ditahan berusia  18 hingga 31 tahun bagi membantu siasatan kes tetak dan serang penguat kuasa DBKL.

Menurutnya, dua suspek yang ditahan positif ujian air kencing manakala seorang adalah individu yang dikehendaki polis.

Jelasnya, DBKL turut menyita 28 kedai atas kesalahan Seksyen 3(1) Undang-Undang Kecil Pelesenan.

“Peniaga jalanan dinasihatkan mendapatkan lesen daripada DBKL untuk berniaga dalam bulan Ramadan ini.

“Orang ramai dinasihatkan untuk tidak terlibat dengan situasi yang boleh menyebabkan pergaduhan dan jauhkan diri dari kegiatan gangsterisme,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori