Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Kerani Ditemui Maut Dibungkus...

PETALING JAYA - Bau busuk di dalam sebuah unit apartmen mendedahkan penemuan seorang...

Guna Perkataan Kurang Sopan,...

KUALA LUMPUR - Anggota Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin hari ini...

Apakah Syed Saddiq Penyokong...

Petikan page Viral Posts (FB)Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq begitu terdesak untuk menang...

Wanita Tikam Lelaki Atas...

SEORANG lelaki malang, Lenny Mordarski dikejutkan daripada tidurnya menggunakan cara yang tidak disangka-sangka...

Kit Siang Sasar Pembangkang Tawan 4 Negeri

KUALA LUMPUR – DAP menyasarkan Johor, Kedah, Perak dan Negeri Sembilan akan jatuh kepada Pakatan Harapan yang diketuai DAP dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, pakatan pembangkang itu akan turut mempertahankan Selangor dan Pulau Pinang sekali gus membolehkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) ditumbangkan dalam PRU14.

“Jika Johor berjaya dimenangi dalam PRU14 bersama-sama Pulau Pinang serta Kedah, Perak, Selangor dan Negeri Sembilan di Semenanjung Malaysia, maka peluang yang baik untuk menukar kerajaan di Putrajaya,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Pakatan Harapan yang diketuai parti sekular DAP dianggotai oleh parti liberal Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Amanah Negara (PAN) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Kit Siang dalam pada itu mendesak seluruh pemimpin Pakatan Harapan mengutuk insiden Ahli Parlimen DAP Kluang, Liew Chin Tong dihalang memasuki sebuah Bazar Ramadan oleh beberapa orang Melayu di daerah itu baru-baru ini.

Kata beliau, perbuatan itu menyemai sikap tidak bertoleransi, kesangsian dan kebencian di Malaysia yang merupakan sebuah negara terdiri daripada pelbagai, agama, budaya dan bahasa.


Beliau mengulas insiden pemimpin DAP dihalang oleh orang Melayu termasuk seorang imam dairpada memasuki sebuah Bazar Ramadan di Johor dengan alasan untuk memberi sumbangan buah kurma kepada umat Islam baru-baru ini.

Individu terbabit dipercayai bertindak demikian kerana tidak mahu DAP mengambil kesempatan daripada bulan puasa untuk berkempen di Bazar Ramadan yang menjadi tempat untuk umat Islam menjual dan membeli juadah untuk berbuka.

Kit Siang turut mengecam perbuatan netizen mengkritik pemimpin muda Melayu DAP, Young Syefura Othman berkunjung ke Bazar Ramadan di Cheras, Selangor dengan memakai baju kurung ketat. – MYNEWSHUB.CC

Kategori