Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Agihan Pendapatan ASB 5.00...

KUALA LUMPUR - Permodalan Nasional Bhd. (PNB) mengumumkan agihan pendapatan Amanah Saham Bumiputera...

Agong, Permaisuri Agong Ucap...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan...

Dzulkifli Angkat Sumpah Jawatan...

KUALA LUMPUR - Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Dzulkifli Ahmad mengangkat...

Polis Serbu Pejabat Bersih,...

KUALA LUMPUR - Sepasukan polis dari ibu pejabat Bukit Aman menyerbu pejabat Bersih...

K’jaan Ambil Berat Kebajikan Warga Felda

KUALA LUMPUR – Kerajaan amat menitikberatkan kebajikan warga Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) selaras dengan peranan pentingnya dalam memacu kemajuan sosioekonomi negara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata sebahagian besar kejayaan negara sebagai pengeluar kelapa sawit kedua terbesar di dunia dan pengeluar getah asli kelima terbesar di dunia adalah hasil titik peluh warga Felda.

“Selagi saya memegang jawatan Perdana Menteri, Insya-Allah, saya akan memastikan kemajuan Felda ditingkatkan dan kebajikan warganya terjamin,” katanya​​​​​ ​​menerusi catatan di blog www.najibrazak.com, hari ini.

Najib berkata menerusi model perniagaan Felda, ia telah meningkatkan taraf hidup warganya dari generasi ke generasi sehinggalah ke hari ini.

“Pada masa kini, kita sedang mengusahakan rumah generasi kedua yang membolehkan warga Felda memiliki rumah dengan harga sekitar RM70,000,” katanya.

Najib berkata sebanyak 8,470 unit rumah generasi kedua sedang dibina dalam Fasa 1 dan 4,990 buah rumah dijangka siap pada tahun ini.


“Felda juga mempunyai tabung bantuan kebajikan peneroka yang membolehkan peneroka menerima bantuan kewangan maksimum RM10,000.

“Bantuan kewangan ini adalah untuk mereka yang menghidap penyakit kronik dan kemusnahan harta disebabkan bencana alam. Permohonan juga boleh dibuat untuk membeli alat bantuan kesihatan,” katanya.

Dalam bidang pendidikan pula, Najib berkata anak-anak Felda yang berjaya melanjutkan pelajaran ke institut pengajian tinggi tempatan dan luar negara berhak menerima insentif kewangan seperti skim insentif anak peneroka dan dana khas pelajar cemerlang ke luar negara.

“Satu lagi bantuan yang teristimewa yang diberikan oleh Felda adalah bantuan membaik pulih rumah yang sedia ada termasuk pembesaran rumah dengan nilai maksimum sebanyak RM40,000, dan pinjaman ini adalah pinjaman tanpa faedah,” katanya. – BERNAMA

Kategori