Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Sajjad Dituntut Mohon Maaf...

KUALA LUMPUR - Seorang wanita dikenali sebagai Yusmiliati Mohamed Yusof 33, menuntut seorang...

Kerajaan Teliti Pelbagai Faktor...

SABAK BERNAM - Kerajaan sedang meneliti semua faktor berkaitan isu pemotongan dan pemutuan...

Waspada ‘Raya’ Dengan COVID-19...

KUALA LUMPUR - Kepulangan puluhan ribu rakyat menjelang Aidilfitri, bukan sekadar diiringi keterujaan...

Dapatkan Nasihat Untuk Tingkat...

ALOR SETAR - ā€œIni adalah karas, sejenis pokok hutan yang boleh menghasilkan komoditi...

Kerajaan P.Pinang Tiada Kaitan Aktiviti Judi Haram

GEORGE TOWN – Kerajaan Pulau Pinang tidak terlibat langsung dengan perjudian tanpa lesen dan bersedia bekerjasama dengan polis untuk membanteras kegiatan itu di negeri ini, kata Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Beliau berkata pendirian kerajaan negeri adalah jelas iaitu Pulau Pinang menolak perjudian haram atau apa-apa cadangan untuk membina kasino di negeri ini.

“Kami tidak terlibat langsung dalam perjudian haram atau lesen perjudian haram dan kami bersedia bekerjasama dengan pihak polis untuk membanteras kegiatan perjudian di negeri ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam yang mengarahkan polis Pulau Pinang memerangi habis-habisan kegiatan perjudian dan ‘kingpin’ di negeri ini yang disifatkannya semakin serius dan dikhuatiri ada sindiket yang menggunakan hasil kegiatan mereka untuk membiayai parti politik semasa pilihan raya umum.

Lim berkata kerajaan negeri tidak mempunyai kuasa dalam penguatkuasaan untuk membanteras kegiatan perjudian di negeri ini dan hanya pihak polis yang berkuasa untuk mengambil tindakan.

“Lesen perjudian bukan dikeluarkan oleh kerajaan negeri dan sekiranya sindiket perjudian haram ini ada kaitan dengan parti politik, ia tentunya tiada kaitan dengan kerajaan negeri,” katanya.


Sementara itu, Lim turut meminta polis menyiasat secara terperinci kes buli yang mengakibatkan seorang remaja lelaki berusia 18 tahun koma dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Pulau Pinang.

Beliau berkata Anggota Dewan Undangan Negeri Seri Delima RSN Rayer dan Anggota Parlimen Bukit Gelugor Ramkarpal Singh telah diminta untuk memberi bantuan kepada keluarga mangsa.

“Saya harap polis akan menyiasat kes ini dengan serius dan mereka yang bersalah akan dibawa ke muka pengadilan,” katanya.

Dalam kejadian pada 2 pagi di Gelugor minggu lepas, T. Nhaveen, 18, parah selepas diserang sekumpulan remaja. – BERNAMA

Kategori