Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

KAFA: Tiada Maklumat Rasmi...

KOTA BHARU - Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) tidak menerima sebarang maklumat rasmi...

Liow: Fasa Pertama Pencarian...

GEORGETOWN - Fasa pertama pencarian pesawat MH370 meliputi keluasan 60,000 kilometer persegi akan...

Kelantan Masih Diancam Penyakit...

PASIR PUTEH - Penduduk Kelantan masih diancam penyakit tibi apabila sejumlah 1,233 kes...

Industri Automobil Mampu Ubah...

LANGKAWI - Pelaburan dalam industri pemasaran automobil boleh membantu Kedah dalam usaha transformasi...

Korban Tanah Runtuh Bangladesh Kini 152 Orang

CHITTAGONG – Angka terkini bencana tanah runtuh terburuk dalam sejarah Bangladesh mencecah 152 orang ketika pasukan penyelamat bertungkus lumus mencari mangsa yang masih hilang.

Penduduk kampung di kawasan paling teruk terjejas menggunakan penyodok untuk menggali keluar mayat daripada lumpur yang menimbus kediaman mereka ketika tidur.

Pihak berkuasa berkata, beratus-ratus rumah tertimbus lumpur dan tanah runtuh daripada kawasan berbukit, selepas monsun membawa 343 milimeter hujan di negara itu dalam tempoh 24 jam.

Ketua Jabatan Pengurusan Bencana, Reaz Ahmed berkata, tanah runtuh itu adalah yang terburuk dalam sejarah negara dan menjangkakan jumlah kematian akan meningkat apabila pasukan penyelamat tiba di kawasan pedalaman.

Salah seorang penduduk, Khodeza Begum terselamat daripada bencana yang memusnahkan rumah beliau dan mengorbankan 11 mangsa lain di kampungnya.

Begum memberitahu laman berita tempatan, selepas subuh kelmarin, beliau tersedar dan menyaksikan sendiri bagaimana sebahagian lereng bukit runtuh di depan matanya.


“Ketika keluar, saya dapat melihat tanah runtuh dari bukit. Saya segera mengarahkan ahli keluarga keluar dari rumah mereka,” katanya.

“Rumah saya tertimbus lumpur hanya dalam beberapa saat. Saya tidak pernah melihat bencana sebegini sepanjang hidup saya.”AFP

Kategori