HANOI – Kotak hitam milik pesawat tentera Myanmar yang terhempas di Laut Andaman dua minggu lepas berjaya ditemui oleh anggota mencari dan menyelamat, umum pihak berkuasa Myanmar pada Ahad, lapor agensi berita Vietnam (VNA).
Pesawat malang itu dinaiki lebih 120 askar, ahli keluarga dan anak kapal.
Beberapa bahagian pesawat termasuk kotak hitam telah dihantar kepada pihak tentera untuk dianalisa bagi mengenal pasti punca kejadian.
Pesawat berkenaan terputus hubungan sejurus berlepas dari Myeik ke Yangon, Myanmar pada 7 Jun.
Setakat ini, 92 mayat berjaya ditemui serta beberapa barang peribadi penumpang dan anak kapal. – BERNAMA