Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Kehilangan Tidak Mungkin Dapat...

KOMPOSER dan penulis lirik terkenal tanah air Datuk Adnan Abu Hassan, 57; kembali ke...

Amyra Tak Tolak Rezeki...

KUALA LUMPUR: Lebih setahun melahirkan anak sulung, pelakon Amyra Rosli mengakui, sudah bersedia...

Kerajaan Komited Tingkat Penjagaan...

KUALA LUMPUR - Kerajaan komited untuk memupuk perkongsian awam-swasta yang lebih baik dan...

Bunohan, Tidak Berbunuh Tetapi...

TUMPAT - Rupa-rupanya nama filem terbaik Festival Filem Malaysia (FFM) ke-25, Bunohan diambil...

KPDNKK Terengganu Puas Hati Harga Juadah Di Bazar

KUALA TERENGGANU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Terengganu berpuas hati dengan kadar harga juadah di bazar-bazar ramadan di sekitar negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan negeri Nawi Mohamad berkata berdasarkan pemeriksaan di 3,507 gerai setakat ini, KPDNKK Terengganu tidak mengesan kenaikan harga yang melampau.

“Hanya ada sedikit kenaikan beberapa produk makanan antara 10 hingga 20 peratus, malah ada juga yang turun harga seperti ayam golek yang dijual antara RM20 dan RM24 seekor berbanding RM25 dan RM26 tahun lalu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pelancaran kempen ‘Jangan Lebih Lebih’ di bazar Ramadan Batu Buruk di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah KPDNKK Terengganu Azlan Abd Samat berkata setakat ini pihaknya hanya mengambil tindakan terhadap satu kes melibatkan peniaga nasi beriani di bazar Ramadan Jalan Padang di Kemaman.

“Peniaga tersebut enggan meletakkan tanda harga walaupun telah diberi nasihat dan peringatan supaya mematuhi peraturan yang ditetapkan dalam pemeriksaan sebelum itu,” katanya.


Beliau berkata pihaknya bertindak susulan aduan menerusi Facebook oleh seorang pembeli yang mendakwa peniaga itu mengenakan harga yang tinggi iaitu RM13 untuk nasi beriani daging.

“Pegawai penguat kuasa KPDNKK telah membuat ujian pembelian dan akibatnya peniaga itu dikenakan kompaun sebanyak RM200 manakala nasi beriani daging bernilai RM225 telah disita,” katanya. – BERNAMA

Kategori