Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Majlis Nikah Diserikan Dengan...

HANYA pencinta kucing sahaja yang akan mengerti perasaan sayang terhadap haiwan peliharaan yang...

Pembantu Ahli Parlimen Diarah...

KUALA LUMPUR : Seorang pembantu kepada ahli Parlimen DAP dari Sarawak diarahkan keluar...

K’jaan Komited Tambah Baik...

KUALA LUMPUR - Kerajaan terus komited untuk menambah baik dasar berkaitan mengurangkan kos...

Agong Berkenan Lanjut Tempoh...

KUALA LUMPUR : Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memberi...

KPDNKK Tunggu Keputusan Sampel ‘Beras Plastik’

JOHOR BAHRU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah hantar tiga sampel beras yang didakwa sebagai ‘beras plastik’ dari sebuah pasar raya di Kulai ke Jabatan Kimia.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNKK Johor, Aris Mamat berkata pihaknya telah membuat tinjauan ke pasar raya itu pada 7 Jun lepas dan mengarahkan agar produk tersebut tidak dijual kepada pengguna.

“Keputusan daripada sampel tersebut akan dikeluarkan secepat mungkin. Sekiranya benar produk tersebut mengandungi plastik, kita akan ambil langkah susulan bagi memastikan keselamatan pengguna terjamin,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Sehingga kini, pihaknya hanya menerima satu laporan berkaitan kes ‘beras plastik’ ini dan akan mengambil tindakan sama sekiranya terdapat aduan lain.

Baca: Pembeli Dakwa Pasar Raya Tekenal Jual Beras Tiruan

Beliau berkata, kes tersebut dilaporkan berlaku di Kulai dan sebarang tindakan larangan jualan hanya boleh diambil sekiranya memperolehi bukti yang kukuh.

“Produk beras tersebut dialamatkan di Kedah, jadi kita meminta bantuan daripada KPDNKK cawangan Kedah bagi membantu menentukan kesahihan produk berkenaan,” kata Aris.


Terdahulu, isu ‘beras plastik’ ini tular selepas seorang lelaki membuat laporan polis apabila mendapati beras yang dibelinya sukar untuk dikunyah.

Lelaki itu, P. Bhaskaran, 61, juga mendakwa telah bertindak membakar beras berkenaan dan mendapati ia mengeluarkan bau seperti plastik.

Menurutnya, dia membeli beras 5 kilogram itu di sebuah pasar raya di Kulai pada harga RM21.85. – BERNAMA

Kategori