Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Permohonan Najib Semak Sabitan...

Mahkamah Persekutuan menetapkan 19 Jan depan untuk mendengar permohonan Najib Razak bagi membatalkan...

Teruja Jaringkan Gol, Aksi...

AKIBAT terlalu teruja dengan jaringan gol yang dilakukannya, seorang pemain bola sepak muda...

Industri Mobiliti Mampu Cipta...

SERDANG – Dalam melangkah ke arah Tranformasi Nasional 2050 (TN50), industri automotif negara...

Strategi Penting Tetapi Akidah...

KUALA LUMPUR - Kekuatan dan strategi yang baik memang diperlukan tetapi kekuatan akidah...

KPN Tak Akan Lindungi Dirinya, Keluarga Jika Salah

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak akan melindungi diri sendiri dan keluarganya sekiranya ada bukti pembabitan mereka dalam kegiatan yang menyalahi undang-undang.

Khalid berkata beliau tidak akan bersekongkol dengan aktiviti yang menyalahi undang-undang dan akan memberi kerjasama penuh dengan pasukan siasatan sekiranya dakwaan berkenaan disiasat.

“Orang kenal saya serta ahli keluarga saya dan sekiranya mereka (keluarga saya) ada melakukan ‘illegal activity’ (kegiatan haram) mereka kena jawab,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Op Selamat 11/2017 bersempena Aidilfitri 2017 di Menara TM di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan portal Sarawak Report yang mendakwa K.Gopinathan iaitu suspek kegiatan mengutip wang daripada pengusaha pusat judi haram di sekitar Melaka mempunyai hubungan dengan Khalid dan anggota keluarganya.

Khalid mengakui beliau serta anggota keluarganya kenal serta rapat dengan Gopinathan.

“Apa yang saya tahu Sarawak Report mempunyai niat jahat terhadap saya dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana banyak tohmahan serta tuduhan dibuat oleh mereka adalah tidak berasas,” katanya.

Selain itu, Khalid berkata pihak polis akan memberi kerjasama penuh dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan kegiatan judi haram dan rumah urut di Melaka.

Isnin lepas, Portal Berita Sarawak Report melaporkan Gopinathan yang didakwa menjadi orang tengah mengutip wang perlindungan dikatakan mempunyai kaitan dengan Khalid serta anggota keluarganya.

Portal itu turut memaparkan dakwaan kononnya terdapat rekod panggilan telefon yang dibuat oleh Gopinathan kepada Khalid serta anaknya Khairul Amri.


Sementara itu, Khalid berkata editor dan pengasas portal Sarawak Report, Claire Rewcastle-Brown perlu tampil mengemukakan bukti dakwaan yang dibuat dalam pelbagai isu termasuk terhadap PDRM.

“Kalau apa yang dicakapkan betul, datang dan beri bukti serta dokumen,” katanya.

Dalam perkembangan lain, ketika ditanya mengenai penemuan wang tunai sebanyak US$120,000 dalam pemilikan abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-nam ketika pembunuhannya, Khalid mengesahkan penemuan itu namun enggan mengesahkan jumlah wang itu.

“Ada sejumlah wang ditemukan daripada mangsa cuma saya tidak mahu sahkan jumlah, jangan percaya media asing,” katanya.

Jong-nam, abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un, dibunuh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), 13 Februari lepas. – BERNAMA

Kategori