Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

Bahan Letupan, M16 Ditemui...

KOTA KINABALU - Beberapa bahan letupan dan senjata api jenis M16 bersama sejumlah...

Anggota UMNO Jangan Hilang...

KUALA LANGAT - Anggota UMNO dinasihatkan supaya tidak hilang fokus dan terus bekerja...

Dipenjara 80 Tahun &...

KUALA LUMPUR - Seorang gelandangan berusia 38 tahun dipenjara 80 tahun dan 110...

Imam Wanita Mahu Cabar...

COPENHAGEN- Sebuah masjid pertama yang diketuai wanita dibuka secara rasmi di sini dengan...

KPT Pandang Serius Kes Kematian Zulfarhan Osman

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) berkata ia amat prihatin dan memandang serius insiden yang berlaku ke atas mahasiswa Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Pegawai Kadet Zulfarhan Osman Zulkarnain.

Penuntut berusia 21 tahun itu meninggal dunia di Hospital Serdang pada Khamis malam dipercayai akibat didera.

Sehubungan itu, KPT dan UPNM akan bekerjasama dengan pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam proses siasatan kes itu, menurut kenyataan kementerian.

Ia berkata UPNM telah menyediakan bantuan pengurusan khairat kematian dan pengurusan jenazah serta bantuan logistik bagi membawa jenazah untuk dikebumikan malam tadi di Tanah Perkuburan Kampung Kurnia, Jalan Kebun Teh, Johor Bahru dengan diiringi mahasiswa UPNM.

“KPT mengucapkan takziah atas pemergian arwah dan semoga keluarga arwah tabah menghadapi ujian dalam bulan yang mulia ini,” kata kenyataan itu.


Kematiannya disiasat sebagai kes bunuh dan polis telah menahan reman 36 penuntut UPNM dan Universiti Tenaga Nasional selama tujuh hari bermula semalam bagi membantu siasatan. – BERNAMA

Kategori