Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Hina Mahkamah, V. K....

PUTRAJAYA - Bekas peguam terkenal, Datuk V. K. Lingam dijatuhkan hukuman penjara enam...

Mayat Pasangan Kekasih Ditemukan...

BUKIT MERTAJAM - Misteri bau busuk daripada sebuah rumah di Blok B, Flat...

Gangguan Bekalan Air Di...

SEREMBAN - Beberapa kawasan di Seremban akan mengalami gangguan bekalan air selama 24...

“Terasa Hampir Putus Nafas...

PELAKON Sari Yanti mendedahkan bahawa dia melahirkan bayi perempuannya lebih awal daripada yang...

Lagi Mayat Ditemui Dalam Kejadian Tembak Di Pattani

PATTANI – Pihak berkuasa Thailand menemui satu lagi mayat remaja yang ditembak penyerang tidak dikenali ketika berburu di Kampung Tolang, Yaring di wilayah bergolak itu pagi semalam.

Penemuan mayat remaja lelaki berusia 13 tahun itu kira-kira 10 pagi tadi waktu tempatan, menjadikan angka korban insiden tembakan itu kepada tiga orang.

“Mayat mangsa yang hilang itu ditemui kira-kira 120 meter daripada tempat kejadian. Terdapat kesan tembakan di bahagian badan dan kepala mangsa,” kata Ketua Polis Yarang Kol Monteri Kongwadmai hari ini.

Beliau berkata polis masih menjalankan siasatan tentang motif kejadian yang berlaku pada 11.50 pagi itu, dan telah menemu ramah dua remaja yang terselamat dalam kejadian tersebut.


Kedua-dua remaja yang terbunuh semalam berusia 18 dan 19 tahun, dan katanya kesemua remaja itu berasal dari Panarek, Pattani. – BERNAMA

Kategori