Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Kerajaan Dijangka Umum Keputusan...

TANAH MERAH - Selepas mengadakan perbincangan dan muzakarah, kerajaan Persekutuan dijangka mengumumkan keputusan...

Pegawai TLDM Direman Lima...

IPOH - Seorang lagi pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut berpangkat...

Anwar Kemuka Usul Undi...

KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan usul hilang kepercayaan...

Jawatankuasa Fatwa Terengganu: Vaksin...

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu memutuskan bahawa umat Islam di negeri itu...

Larian Obor Sukan SEA Berakhir Di Kuching

KUCHING – Larian Obor Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 tiba di bandar raya Kuching hari ini, selepas larian berkenaan merentasi Jambatan Sungai Batang Sadong, Samarahan semalam.

Menteri Muda Belia dan Sukan Sarawak, Snowdan Lawan membawa obor berkenaan menaiki perahu tambang dari Pangkalan Sapi menyeberangi Sungai Sarawak, dan disambut Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah di GoDown Amphithetre Tebingan Kuching.

Turut hadir, penyanyi popular tanah air Dayang Nurfaizah; Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri Sarawak, Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali dan Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Ik Pahon Joyik.

Dari Tebingan Kuching, obor berkenaan dibawa ke Bangunan Mazma, Kuching oleh Dayang Nurfaizah serta beberapa pelari lain.


Abdul Karim berkata kira-kira 400 orang menyertai acara larian hari ini, sebelum obor itu dibawa dan diserahkan kepada Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man ​​oleh Snowdan pada 15 Jun ini, di Kuala Lumpur untuk larian di negeri berkenaan.

Katanya larian obor berkenaan di Sarawak bermula di Limbang dari Sabah, dan singgah di beberapa tempat termasuk Lawas, Miri, Gua Mulu, Bintulu, Sibu, Sri Aman dan Kota Samarahan. – BERNAMA

Kategori