Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Ismee Tidak Suka Cara...

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pegawai Eksekutif SRC International, Tan Sri Ismee Ismail...

Malaysia Ikrar Tamatkan Konflik...

BANGKOK - Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menjanjikan bantuan “apa...

Gambar Separa ‘Naked’ Lisa...

GEMPAR baru-baru ini apabila gambar separuh naked pelakon cantik, Lisa Surihani tersebar di...

Bas, Motosikal Tak Dibenar...

PERKHIDMATAN bas ekspres dan motosikal tidak dibenarkan digunakan sebagai kenderaan perjalanan rentas negeri...

Laudya Bercinta Dengan Bekas Suami Erra?

BEKAS suami pelakon Erra Fazira, Engku Emran kini menjadi tumpuan media hiburan Indonesia selepas heboh dikatakan sedang menjalin hubungan cinta dengan pelakon popular negara itu, Laudya Cinta Bella.

Ura-ura gosip itu muncul selepas Bella dilihat memuat naik sekeping foto bersama seorang lelaki yang digelar E tanpa didedahkan wajahnya beserta kapsyen ‘manis’ menerusi laman Instagramnya.

“I’m blessed and thank u Allah for Every day, Everything,and E,” tulis Bella yang turut menyertakan emoticon love di akhir tulisannya.

Perkongsian itu ternyata menarik perhatian peminat pelakon Syurga Yang Tak Dirindukan itu yang menduga lelaki bertuah tersebut adalah Engku Emran,

Ini kerana, terdapat beberapa bukti Bella memanggil Engku Emran dengan panggilan Abang E menerusi laman Instagram jejaka itu.

Mereka juga dilihat saling menekan butang ‘like’ terhadap posting masing-masing.

Laudya Bercinta Dengan Bekas Suami Erra?


Tidak tahu berapa lama mereka mengenali antara satu sama lain namun pasangan ini pernah merakamkan gambar bersama-sama dengan sekumpulan rakan mereka.

Laudya Bercinta Dengan Bekas Suami Erra?

Gosip spekulasi percintaan Bella dan Engku Emran kini hangat diperkatakan rakyat Indonesia sehinggakan akaun Instagram Engku Emran diserbu peminat bintang jelita itu.

Setakat ini, masing-masing belum mengesahkan gosip yang bertiup kencang ini.

Engku Emran merupakan seorang duda mempunyai seorang cahaya mata hasil perkongsian hidup dengan Erra iaitu Engku Aleesya yang kini berusia lapan tahun. – MYNEWSHUB.CC

Kategori