Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Azhan Rani Perlu Berhenti...

PELAKON Azhan Rani berkata dia perlu berhenti mengambil tawaran berlakon watak sebagai ustaz...

Perutusan Biadap Kit Siang...

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Kit Siang membuat kenyataan biadap bersempena Sambutan...

Saksi Tidak Iystihar Pinjaman...

KUALA LUMPUR - Datuk Amhari Efendi Nazaruddin tidak mengetahui bahawa tindakannya yang tidak...

KKM Sedia Panggil Pesara...

KUALA LUMPUR - Kerajaan bersedia memanggil semula doktor perubatan yang sudah bersara atau...

Lebih 2,000 Terima Sumbangan YTH, UMNO

PAPAR – Seramai 2,503 golongan asnaf dan fakir miskin, ibu tunggal, warga emas serta orang kurang upaya (OKU) dalam Parlimen Kimanis hari ini menerima sumbangan sempena Program Ziarah Kasih Ramadan di Dewan Masyarakat Bongawan, di sini.

Pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata daripada jumlah itu, 750 orang menerima bantuan zakat daripada Yayasan Tabung Haji (YTH) manakala baki 1,753 penerima menerima sumbangan daripada UMNO pusat dan Bahagian Kimanis.

“Parlimen Kimanis ini adalah Parlimen ke-51 daripada 67 kawasan Parlimen terpilih bagi penganjuran Program Ziarah Kasih Ramadan. Kami telah memberikan sebanyak RM300,000 untuk diagihkan kepada penerima bagi kawasan Parlimen Kimanis.

“Sumbangan ini diberikan kepada rakyat memerlukan tanpa mengira fahaman politik sekali gus merealisasikan hasrat murni Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk meringankan beban rakyat,” katanya kepada pemberita pada majlis anjuran YTH dengan kerjasama Biro Keahlian dan Daftar Pemilih UMNO pusat itu.

Turut hadir Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman yang juga Anggota Parlimen Kimanis, Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri Datuk Mohd Ariffin Mohd Arif selaku Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Membakut dan ADUN Bongawan Datuk Mohamad Alamin.


Abdul Azeez berkata Kimanis adalah lokasi kedua di Sabah selepas Beaufort dan program itu diteruskan di Penampang dan Kota Belud petang ini sebelum meneruskan misi membantu golongan kurang berkemampuan di Sandakan dan Semporna, esok.

Beliau berkata program itu menelan belanja keseluruhan berjumlah RM20.2 juta, yang mana YTH menyumbangkan peruntukan sebanyak RM7 juta, manakala UMNO serta kerajaan pusat menyalurkan peruntukan tambahan sebanyak RM13.2 juta.

“Kami akan menyelesaikan misi program ini selewat-lewatnya pada petang sebelum Hari Raya. Insya Allah, jika program ini berjaya menjelajah kesemua 67 lokasi itu, saya yakin, lebih 131,320 rakyat akan menerima sumbangan tersebut sekali gus merealisasikan hasrat murni Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk meringankan beban rakyat,” katanya. – BERNAMA

Kategori