Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

4,000 Hadiri Sambutan Selamat...

PALEMBANG - Lebih 4,000 atlet, pegawai dan jemputan menyertai upacara Malam Selamat Datang...

Nasib Rohingya Lebih Teruk...

BAGI generasi muda lahir selepas 1990, pasti tidak pernah tahu Malaysia suatu ketika...

Sasar Sarang Dadah Di...

Port Dickson : Polis merampas pelbagai jenis dadah dan menahan 41 individu ketika...

Muna, Pelajar Ketiga Tersingkir...

PELAJAR kelahiran Johor, Muna Shahirah Munadi menjadi pelajar ketiga yang tersingkir daripada pertandingan...

“Lebih Jijik Lagi Ada Yang Bulu Hidung Terkeluar”

KUALA LUMPUR – Islam menyuruh umatnya supaya menjaga penampilan diri di hadapan orang ramai supaya tidak kelihatan selekeh dan menjijikkan.

Mufti Perlis, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin berkata, Islam juga menyuruh umatnya supaya berpakaian dan berkenderaan elok iaitu bersih dan kemas.

“Malang sekali khususnya kaum lelaki ada yang tidak mementingkan soal penampilan diri. Ada yang misai dan jambang tidak terurus.

“Lebih jijik lagi ada yang bulu hidung terkeluar dengan pandangan yang sangat tidak selesa bagi yang memandang,” katanya dalam satu kenyatan di Facebook hari ini.

Mohd. Asri turut menegur umat Islam yang badannya berbau, tidak memilih pakaian yang sesuai untuk diri dan memilih warna serta fesyen yang tidak sesuai untuk sesuatu majlis.


“Padahal termasuk dalam petunjuk Nabi S.A.W untuk `mengelokkan’ penampilan diri,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori