Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Najib Tinjau Persiapan Penyediaan...

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meluangkan masa kira-kira sejam...

Penyenaraian Edra Dijangka Kumpul...

KUALA LUMPUR – Penjana kuasa bebas (IPP), Edra Power Holdings Sdn Bhd, dijangka disenaraikan...

Perpecahan Halang Misi Pulih...

SEBAGAI rakyat Malaysia yang prihatin kita sepatutnya jangan terlalu banyak 'condemn'.Ekonomi negara perlahan...

5 Tips Kecantikan Di...

Kebanyakkan orang di dunia gemar memakan ketang dan merupakan di antara bahan yang...

Lelaki Didakwa Edar Sejuta Pil Eramin 5 Di LTAPP

BALIK PULAU – Seorang ejen penghantaran dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan mengedar kira-kira sejuta pil jenis Eramin 5 di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP), Bayan Lepas, dekat sini, dua minggu lepas.

Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan kepada Shafiee Chin, 49, di hadapan Pendaftar Mahkamah, Mohd. Alif Abdul Aziz.

Dia didakwa mengedar pil itu di Kompleks Kargo Penerbangan Malaysia LTAPP, dekat sini, pada pukul 4.30 petang, 18 Jun lepas.

Tertuduh, yang tidak diwakili peguam,  didakwa mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang, Karthy G. Gasedev tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh.


Mahkamah kemudiannya mengarahkan tertuduh tidak diikat jamin dan menetapkan 21 Ogos ini untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

Kategori