Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Perusahaan Digesa Tingkat Pengetahuan...

KUALA LUMPUR — Perusahaan Malaysia perlu meningkatkan pengetahuan mengenai strategi pertahanan siber, terutamanya,...

Warga Emas Ramas Punggung...

SINGAPURA - Seorang penganggur warga emas berusia 53 tahun mengaku bersalah pada Khamis...

Yusuf Azmi, Ali Salimin...

KAJANG - Pengarah Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Yusuf Azmi...

Kecoh Terowong Termahal Singapura...

SINGAPURA - Lebuh raya paling mahal di Singapura kecoh tengah hari Khamis apabila terowong...

Lelaki Dikhuatiri Lemas Di Kuala Kubu Bharu

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki dikhuatiri lemas dipercayai tergelincir ketika menjala di sebuah lombong di Kuala Kubu Bahru dekat sini, hari ini.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bahru Mohd Shamsul Majidy Hassan berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.16 petang.

“Mangsa berusia 42 tahun itu dikatakan sedang berdiri di atas batu besar yang berada di dalam lombong itu…ketika menebar jala mangsa dikatakan tergelincir dan terjatuh ke dalam lombong.

“Setakat ini, kita hanya menemui jala yang digunakan mangsa berhampiran lokasi kejadian. Usaha mencari masih giat dijalankan,” katanya ketika dihubungi Bernama.


Mohd Shamsul Majidy berkata lapan pegawai dan anggota dari Balai Bomba Kuala Kubu Bahru digerakkan dalam operasi mencari dan menyelamat itu. – BERNAMA

Kategori