Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Tasbih Sepanjang 38 Meter,...

PERNAHKAH anda lihat tasbih yang panjangnya mencapai puluhan meter? Di Polewali Mandar, Sulawesi Barat...

Murid Hidap Kanser Buktikan...

WALAUPUN menderita kanser kalenjar, itu bukan alasan buat seorang murid Sekolah Kebangsaan (SK)...

SPRM Lapor Polis, Ciapan...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat laporan polis susulan penularan ciapan...

Agong Kurnia Darjah Kebesaran...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah hari ini...

Lelaki Dipenjara 70 Tahun, Campak Anak Dari Jambatan

RASAKAN, mereputlah dalam penjara. Seorang lelaki telah dihukum penjara 70 tahun atas dosanya membunuh anak lelakinya yang berusia tujuh bulan dengan mencampakkan kanak-kanak terbabit dari jambatan setinggi 90 kaki.

Tony Moreno, 23, melakukan perbuatan berkenaan pada Julai 2015 di atas jambatan Arrigoni yang merentasi Sungai Connecticut.

Selepas mencampak anaknya itu, dia kemudiannya terjun dan mengalami kecederaan serius, namun terselamat.

Ketika perbicaraan Moreno memberitahu dia secara tidak sengaja telah menjatuhkan anaknya, Aaden. Ketika itu katanya, dia yang mahu terjun dari jambatan terbabit.

Namun ketika ditangkap, Morena telah pun mengaku kepada polis bahawa dia yang telah mencampakkan anaknya.

Dalam perbicaraan itu juga, rekod polis menunjukkan beberapa minit sebelum membunuh anaknya, Morena telah bertukar mesej dengan Adrianne, iaitu ibu Aaden.


“Nikmatilah hidup tanpa kami. Dia (Aaden) dah mati. Tak lama lagi aku pula,’’ demikian tulisnya dalam mesej kepada Adrianne.

Wanita itu dikatakan menolak lamaran daripada Morena dan hubungan mereka menjadi tegang sejak beberapa bulan sebelum kejadian hingga membawa kepada kematian Aaden.

Mayat kanak-kanak malang itu ditemui dua hari selepas kejadian.

Sebaik sahaja hukuman dijatuhkan, ibu Moreno, Denise menangis kerana kesal dengan perbuatan anaknya itu. – MYNEWSHUB.CC

Kategori