Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Pemergian Bellew Tidak Jejas...

KUALA LUMPUR – Keputusan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysia Airlines (MAS) Peter Bellew...

China Pertimbang Tamatkan Had...

BEIJING - China bakal membatalkan dasar dua anak, dengan akhbar tempatan memetik rang...

Pertemuan Muafakat Nasional Johor...

JOHOR BAHRU : Pertemuan antara gabungan Muafakat Nasional (MN) negeri melibatkan Pas Johor...

Unik! Pasar Raya Tanam...

BAGI menarik kunjungan pelanggan, pasar raya biasanya menjanjikan produk seperti buah buahan dan sayur...

Lelaki Ditahan Disyaki Cabul Wanita Pekerja Hotel

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki berusia 23 tahun ditahan polis semalam kerana disyaki mencabul seorang wanita pekerja hotel di tandas sebuah hotel bajet di Kluang Baru, dekat Kluang, kira-kira 79km dari sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kluang, ACP Mohamad Laham berkata suspek ditahan pada pukul 2.10 petang di Taman Kluang Barat, Kluang, selepas mangsa berusia 22 tahun itu membuat laporan polis pada pukul 6.45 pagi pada hari kejadian.

“Mangsa mendakwa lelaki tersebut bersenjatakan pisau pemotong daging dan menolaknya masuk ke dalam tandas sebelum berlaku pergelutan. Mangsa kemudian diugut dengan pisau sebelum dicabul,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Mohamad berkata mangsa mengalami kecederaan akibat pergelutan itu selain trauma akibat diugut bunuh sekiranya melaporkan kejadian tersebut kepada polis.

Beliau berkata hasil penahanan lelaki berkenaan, polis merampas sehelai baju sejuk, sehelai seluar jeans, sebuah motosikal jenis Honda EX5 berserta topi keledar bagi membantu siasatan.


Katanya, siasatan awal mendapati suspek mempunyai satu rekod jenayah seksual manakala ujian saringan air kencing mendapati dia positif dadah.

Suspek kini direman selama empat hari bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 354 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan, katanya.- BERNAMA

Kategori