Monday, October 14, 2024

Creating liberating content

Labuan Tawar Insentif Tunai...

LABUAN - Ejen pelancongan berdaftar di Malaysia boleh menarik nafas lega tidak lama...

Ku Chin Wah Tak...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen hari ini diberitahu bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah...

Gangguan Bekalan Air Hari...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 438,757 buah rumah di 75 kawasan di Petaling dan...

Sekatan Ke Atas Korea...

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menyifatkan sekatan baharu Majlis Keselamatan Pertubuhan...

Lelaki Heret Ibu Nyanyuk Kerana Tak Dengar Kata

INI namanya anak derhaka. Lelaki ini telah mengheret ibunya yang sudah tua dan mengalami nyanyuk masuk ke dalam rumah selepas wanita tua itu memanjat balkoni, dalam rakaman video yang mengejutkan penduduk di China.

Ia juga kini menjadi isu yang diperdebatkan dalam media sosial di negara itu selepas video tersebut dirakamkan oleh jiran lelaki itu dan kemudian dimuatnaik dalam internet.

Lelaki berkenaan dikatakan telah menolak ibunya yang sedang memanjat balkoni terlebih dahulu sebelum mengheretnya masuk ke dalam rumah. Insiden itu berlaku di Zhejian, timur China.

Laporan polis mengenai kekejaman itu telah dibuat. Hasil siasatan polis memberitahu anak lelaki wanita itu menjadi marah kerana ibunya tidak mendengar kata dan cuba memanjat balkoni walaupun dilarang.

Wanita itu kini menetap dengan anak perempuannya selepas kejadian terbabit dirakamkan dan menjadi tular.


Dalam pada itu, Pear Video ketika menemubual cucu wanita itu telah dimaklumkan bahawa neneknya akan membengkokkan dua besi pada balkoni itu lalu memanjat dan berjalan di atas bumbung kaca.

Bagaimanapun perbuatan lelaki itu dikecam ramai kerana berlaku kasar dan kejam kepada ibu sendiri. – MYNEWSHUB.CC

Kategori