Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Mengapa PAS Pacak Bendera...

KUALA LUMPUR - Sekumpulan ahli PAS Gombak bertindak memacak dan mengibarkan bendera besar...

Pemandu Maut Terjunam Ke...

KUANTAN - Seorang pemandu lori maut setelah lori dipandunya terbabas lalu terjunam kira-kira...

Video: Adakah Masyarakat Bersikap...

SATU kajian sosial mengenai ketulusan hati masyarakat terhadap orang buta yang dijalankan oleh seorang...

Banjir: TNB Tutup Bekalan...

ALOR SETAR - Tenaga Nasional Berhad (TNB) menutup bekalan elektrik di beberapa kawasan...

Liow Puji Kru Pesawat AirAsia X Hadapi Masalah

KUALA LUMPUR – Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai hari ini memuji juruterbang dan kru kabin pesawat AirAsia X yang berjaya menangani suasana cemas dalam penerbangan D7237 secara profesional dan berani.

“Saya pandang serius insiden ini dan telah mengarahkan ketua pengarah Jabatan Penerbangan Awam serta pihak berkuasa berkaitan untuk menyiasat punca kejadian serta memaklumkan penemuan kepada awam setelah siasatan selesai,” katanya dalam kenyataan di sini.

Penerbangan dari Perth ke Kuala Lumpur itu terpaksa berpatah balik selepas pesawat Airbus A330 yang membawa 356 penumpang mengalami masalah teknikal sejurus berlepas pada Ahad.

“Juruterbang telah menangani masalah itu secara profesional serta bertindak pantas dan tangkas untuk melindungi keselamatan penumpang,” kata Liow.

Pesawat itu selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Perth pada 10 pagi Ahad dan semua penumpang dipindahkan ke penerbangan seterusnya atau penerbangan ganti pada 11.40 malam hari yang sama.

“Saya juga memuji kru kabin dan kru darat AirAsia X atas komitmen tidak berbelah bagi untuk mengekalkan tahap profesionalisme yang tinggi dalam mengendalikan penumpang serta memastikan keselamatan dan kesejahteraan mereka,” kata menteri itu.


Liow meluahkan keyakinan AirAsia dan sekutunya akan terus meletakkan keselamatan penumpang dan krunya sebagai perkara paling utama memandangkan syarikat penerbangan itu mempunyai rekod keselamatan yang cemerlang sebelum ini.

“Saya percaya syarikat penerbangan ini akan memastikan keselamatan kekal sebagai tonggak kekuatan dan pertumbuhannya,” katanya. – BERNAMA

Kategori