Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

2 Individu Ditahan Bersama...

KUANTAN – Polis menahan dua lelaki bersama dadah jenis heroin seberat lebih 2.27...

Tiga Pelajar Baling Mercun...

KOTA BHARU - Tiga pelajar Tingkatan Tiga sebuah sekolah di sini, yang dipercayai...

“Malaysian Malaysia” DAP Gugat...

KUALA LUMPUR - Bapa Kemerdekaan negara, Allahyarham Tunku Abdul Rahman pernah menjelaskan kepada...

Pemodenan, Pertanian Pintar Pemacu...

KUALA LUMPUR - Strategi pemodenan dan pertanian pintar merupakan pemacu perubahan utama dalam...

LPF Arah Astro Teliti Semula Drama Magnificent Century

KUALA LUMPUR – Lembaga Penapis Filem (LPF) mengarahkan pihak Astro meneliti semula tapisan kandungan drama bersiri The Magnificent Century yang ditayangkan di Astro Maya HD dan Astro Prima tersebut.

LPF dalam satu kenyataan berkata, arahan itu dikeluarkan berikutan aduan orang ramai berhubung drama mengenai empayar uthmaniyah tersebut didakwa mengandungi adegan-adegan kurang sesuai dalam konteks masyarakat Islam.

“Berdasarkan aduan orang awam, LPF telah mengambil inisiatif mengadakan perbincangan dengan pihak Astro pada 29 Mei lalu. Perbincangan tersebut turut dihadiri Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kerana pihaknya turut menerima aduan daripada orang awam.

“LPF telah mengarahkan supaya Astro mengambil tindakan segera untuk meneliti semula tapisan kandungan drama bersiri tersebut dengan mengambil kira aduan orang awam berhubung drama bersiri tersebut,” kata kenyataan itu hari ini.

Orang ramai terutama beragama Islam mengecam Astro kerana menayangkan drama Magnificent Century yang dilihat menghina Islam, memaparkan adegan lucah dan fitnah keatas Sejarah Uthmaniyah.


Drama bersiri tersebut mengisahkan pergolakan istana semasa pemerintahan Sultan Sulaiman pada zaman Kerajaan Islam Uthmaniyah, Turki di abad ke-16.

Astro melaksanakan tapisan sendiri ke atas semua kandungan yang ditayangkan di saluran televisyennya yang bermakna semua kandungan yang disiarkan Astro ditapis oleh stesen TV tersebut sendiri tanpa melalui tapisan LPF. – MYNEWSHUB.CC 

Kategori