Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Lelaki Mengaku Jesus Sambil...

SYDNEY - Seorang lelaki ditahan selepas berbogel dan menyerang pihak polis dalam sebuah...

Gadis Diculik Dua Polis...

UTTAR PRADESH – Sungguh kejam. Seorang remaja berusia 14 tahun mengalami pengalaman yang...

Boleh Mohon Bantuan Banjir...

SARIKEI - Mangsa banjir boleh memohon bantuan dua kalisekiranya lebih daripada satu keluarga...

Pengarah Studio Astro Awani...

KUALA LUMPUR - Pengarah Studio Astro Awani, Ilancheliyan Adaikalam, 49, maut dalam satu...

Mahu Kahwin, Siti Saleha Tolak Tawaran Lakonan

BAKAL berkahwin bulan hadapan, aktres Siti Saleha mengakui terpaksa menolak beberapa tawaran lakonan sepanjang bulan Ramadan ini kerana ingin memberi fokus kepada persiapan majlisnya.

Saleha atau nama sebenarnya Siti Saleha Baharom, 27, berkata, dia harus memastikan segala persiapan berjalan lancar kerana majlis tersebut akan diadakan selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri ini.

“Saya mengambil keputusan untuk tidak melakukan sebarang penggambaran sepanjang bulan puasa ini kerana ingin berehat dan fokus kepada persiapan perkahwinan.

“Persediaan yang dilakukan sekarang ini semuanya berjalan dengan lancar cuma ada beberapa perkara sahaja lagi yang harus saya lakukan.

“Banyak masa saya sekarang ini dihabiskan untuk memastikan persiapan yang dilakukan berjalan seperti yang dirancang kerana saya mahu pastikan majlis tersebut kelihatan sempurna.


“Ternyata perasaan itu semakin gementar kerana majlis itu akan dilangsungkan tidak lama lagi iaitu pada 28 Julai ini,” katanya kepada Astro Gempak.

Siti Saleha dan tunangannya, Lutfi Azhar, 32, bertunang pada 26 November tahun lalu selepas berkenalan selama setahun. – MYNEWSHUB.CC

Kategori