Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Anak Dipenjara Ugut Tikam...

KUALA LUMPUR - Perbuatan biadap seorang anak yang mengugut untuk menikam ibunya sendiri...

Sempat Beli Makanan Untuk...

SERDANG - Pengawal keselamatan, M. Thomas, 45, yang ditembak mati di hadapan stesen...

Cara Kreatif Selamatkan Perabot...

KATA orang, selagi ada cara, selagi itulah kita perlu mencuba.Itulah yang dilakukan oleh...

“Dah Memang Suara Tak...

PETALING JAYA - Pelakon, Saharul Ridzwan menegaskan, dia tidak akan sesekali menggunakan teknologi...

Majalah AS Minta Maaf Fitnah Selebriti Dengan 1MDB

WASHINGTON DC – Apa sudah jadi? Setelah kantoi, pembangkang mungkin kena fikir semula strategi mereka yang kecoh berhubung ‘angin’ skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ini ekoran kumpulan media terkemuka Amerika Syarikat (AS) akhirnya sudah mengaku bahawa ia berbohong berkaitan laporan mengenai kononnya pereka fesyen Hollywwod, Kimora Lee Simmons ada kaitan dengan 1MDB.

Tuduhan jahat tersebut mendakwa wanita berkenaan mendapat banyak manfaat daripada skandal yang dicipta pembangkang Malaysia itu dan asalnya dibuat portal Sarawak Report di London untuk mensensasikan kisah 1MDB.

Ini kerana Kimora Lee merupakan pereka fesyen yang meningkat naik di Hollywood. Artikel jahat ituĀ ditulis Richard Johnson dan disiarkan pada 24 Mei laluĀ bertajuk ‘Kimora Lee Simmonsā€™ fashion line at centre of corruption probe’.

Namun majalah Page Six milik akhbar terkemuka The New York Post memohon maaf secara rasmi kepada Kimora Lee, 42, dan menarik balik laporan yang mendakwa jenama fesyennya dikaitkan dengan satu kes 1MDB di Malaysia.

Menurut portal Hollywood Reporter, laporan Page Six pada 7 Jun lalu memaparkan satu nota ralat pengarang menerusi laman web itu berkata: ā€œSimmons menasihatkan kami mengenai beberapa kenyataan yang tidak benar.


“Ia khususnya: jenama fesyen beliau dibiayai dirinya; syarikatnya meraih keuntungan; ia menjual produknya di pelbagai gedung; dan beliau atau syarikatnya memang tiada kaitan dengan apa jua ā€œsiasatan rasuahā€ di Malaysia.

ā€œKami memohon maaf kepada Simmons atas sebarang kesilapan,ā€ menurut kesimpulan kenyataan majalah tersebut yang turut dipetik pelbagai media lain kerana dianggap cuba memalukan imej aktres kacukan Jepun-Amerika itu.

Hollywood ReporterĀ melaporkan Kimora Lee amat berang dengan artikel tohmahan itu apabila didakwa konon bekas suaminya, Tim Leissner yang juga mantan pegawai bank Goldman Sachs; ada membiayai bisnes fesyennya.

Sebaliknya Kimora Lee yang juga aktres dan model profesional sejak berusia 12 tahun, menyatakan bahawa semua urusan perniagaannya selama ini adalah hasil daripada usaha gigih dirinya sendiri. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori