Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Bapa Tiga Beradik Bergaduh...

SHAH ALAM - Bapa kepada tiga beradik yang bergaduh dengan seorang pemandu teksi...

Pelaburan China: Hormati Kenyataan...

PUTRAJAYA - Hormati kenyataan Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berhubung pelaburan dari China kerana...

Bawa ‘Mayat’ Ke Kelas,...

SEORANG guru Bahasa Inggeris dari sebuah sekolah di Sarawak kini mendapat perhatian netizen...

Raptai Perarakan Panji-Panji berjalan...

PUTRAJAYA - Raptai penuh Perarakan Panji-Panji sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang...

Majlis Bandaraya Miri PBT Pertama Ikrar Bebas Rasuah

MIRI – Majlis Bandaraya Miri (MBM) mencipta sejarah hari ini apabila menjadi pihak berkuasa tempatan (PBT) pertama di Sarawak melafaz dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) di Dewan Suarah Miri di sini.

Seramai 375 orang terdiri daripada kakitangan MBM, kaunselor serta Datuk Bandar Miri Adam Yii Siew Sang hadir pada majlis tersebut dengan pembacaan IBR diketuai oleh pemangku Setiausaha MBM Morshidi Fredrick.

Terdahulu sebelum pembacaan IBR, Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sarawak Datuk Badrul Shah Norman memuji inisiatif MBM yang menjadi PBT pertama di Sarawak melaksanakan IBR.

“Saya berharap warga MBM dapat memerangi rasuah dengan mengamalkan prinsip jangan hulur, jangan ‘kawtim’ dan jangan ‘settle’,”katanya.


Yii yang turut berucap berkata MBM akan mengukuhkan ‘Etika Amalan Kerja MBM’ bagi mengelakkan budaya rasuah dalam organisasi itu. – BERNAMA

Kategori