Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Isu Berebut Anak: Bekas...

BARU-BARU ini kecoh di media sosial apabila seorang bekas wartawan TV3, Mohd Adli Effendy...

Thailand Pertimbang Larang Eksport...

BANGKOK – Peladang kelapa sawit, pengekstrak dan pengeluar minyak telah berjanji dengan Jabatan...

Telur Kekal Di Bawah...

ALOR SETAR: Kerajaan masih berpegang kepada pendirian untuk meletakkan telur di bawah harga...

Sasaran 1 Juta Rumah...

KUALA LUMPUR - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan percaya akan mencapai sasaran untuk...

Malaysia Naik Ke Tangga 155 Ranking Terkini FIFA

KUALA LUMPUR – Malaysia naik tiga anak tangga dan berada pada kedudukan ke-155 dalam ranking terkini Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) hari ini.

Menurut laman sesawang FIFA www.fifa.com, skuad Harimau Malaya kini mengumpul 148 mata, biarpun tidak bermain sebarang perlawanan dalam masa dua bulan lalu, selepas seri tanpa jaringan dalam perlawanan menentang Filipina pada 22 Mac lepas.

Malaysia kini berada dalam kelompok pasukan seperti Papua New Guinea yang berada pada ranking ke-153, Chad (154), Maldives (156) dan Singapura (157).

Malaysia boleh meningkatkan lagi kedudukannya jika skuad itu di bawah kendalian jurulatih Portugis yang baharu dilantik Nelo Vingada mencapi keputusan positif dalam perlawanan kelayakan Piala Asia 2019 menentang Lubnan pada 13 Jun ini.

Sementara itu, tiada perubahan besar direkodkan dalam kalangan 10 pasukan teratas bulan ini, kecuali Poland yang naik satu anak berkongsi tangga ke-10 bersama Sepanyol, sementara Brazil di tangga teratas di hadapan jirannya Argentina diikuti Jerman dan Chile.


Ranking bulanan itu melibatkan 206 negara. – BERNAMA

Kategori