Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Hukuman Penjara 2 Tahun...

PUTRAJAYA - Bekas Pengurus Besar Sime Darby Engineering Sdn. Bhd., Md Zaki Othman...

Syahrul Ridzwan Letak Syarat...

TAHNIAH kepada Syahrul Ridzwan atau nama sebenarnya Mohd. Saharul Ridzwan Hashim, 27, yang...

PAS Dipelawa Kerjasama Dengan...

KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (PAN) menyeru PAS supaya berkerjasama dengan Pakatan...

Jadikan ASEAN ‘Dunia Kanak-Kanak...

KUALA LUMPUR - ASEAN perlu bekerjasama dan sepakat membanteras jenayah kekerasan dan seksual...

Manisan Bentuk Najis Anjing Popular Di Thai

BANGKOK – Mungkin kelihatan menjijikkan anda, tetapi seorang pembuat kuih tidak menang tangan sejak dia mencipta sejenis manisan yang berbentuk dan berwarna seperti najis anjing.

“Ia sangat pelik kerana tiada orang yang membuat kuih berbentuk najis anjing tetapi ramai pula yang menyukainya,” kata Wilaiwan Mee-Nguen dari dapur kecil di rumahnya di sini.

Di dapur itu warga Thailand tersebut sibuk menyediakan manisan yang diperbuat daripada santan kelapa, gelatin dan pewarna makanan.

Pekerja pejabat yang berusia 30 tahun itu, sebenarnya hanya membuat manisan berkenaan untuk dijual pada setiap hujung minggu.

Beberapa bulan lalu, seorang pelanggan meminta manisan dengan bentuk pelik dan Wilaiwan memutuskan untuk membuat sesuatu yang lebih luar biasa.

“Kebanyakan pelanggan mahu bentuk bunga tetapi bentuk ini dianggap lucu oleh orang Thai,” katanya.

Kini manisan berbentuk najis anjing itu menjadi sajian paling popular Wilaiwan dan dia berjaya menjual sekitar seribu bekas sebulan.


Sejak manisan itu menjadi tular di media sosial, Wilaiwan juga diwawancara beberapa stesen televisyen di Thailand.

Namun, Wilaiwan mengakui tidak semua orang yang menyukai manisannya itu.

“Apabila saya memuat naik gambar manisan ini di Facebook ada yang menyukainya dan ada yang tidak,” jelasnya. – AFP/myMetro Online

Kategori