Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Kes Demam Campak Dunia...

NEW YORK ā€“ Jumlah kes demam campak di seluruh dunia dalam tempoh tiga...

Wanita Jalin Hubungan Dengan...

WANITA ini memang pelik. Dia mendakwa telah melakukan seks dengan hantu dan atas...

Interviu Eksklusif: Justo Dakwa...

BANGKOK - Kali pertama bercakap dengan media, warga Switzerland, Xavier Andre Justo -...

Aerotren KLIA Beroperasi Semula...

PUTRAJAYA - Perkhidmatan aerotren di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang tergendala...

Masih Ada Peniaga Tak Letak Tanda Harga Merah Jambu

KAMPAR – Masih terdapat segelintir peniaga tidak meletakkan tanda harga merah jambu terhadapĀ 21 jenis barangan di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2017 yang telah dilaksanakan sejak 17Ā Jun hingga 30 Jun ini.

Exco Pembangunan UsahawanĀ danĀ Koperasi, Hal EhwalĀ Pengguna,Ā NGO dan Masyarakat SivilĀ Perak Datuk Shamsudin Abu Hassan berkata, perkara itu sepatutnya tidak dipandang remeh memandangkan ia penting bagi memudahkan pengguna mengetahui harga sebenar barangan yang dijual.

“Ada yang menulis pada plastik merah jambu, tulisan tanda harga juga kecil selain tidak dipamerkan di bahagian yang sepatutnya hingga menyukarkan pembeli untuk membuat pilihan.

“Kita juga ada kenal pasti peniaga yang meletakkan tanda harga lebih murah daripada harga yang ditetapkan,” katanya selepas mengadakan pemantauan harga barangan kawalan bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Perak di Pasar Awam Kampar di sini, hari ini.

Beliau berkata, selain perkara tersebut, kefahaman pengguna terhadap harga barangan kawalan juga masih kurang memberangsangkan berikutan ada dalam kalangan mereka yang langsung tidak ambil kisah.

Shamsudin berkata, ia tidak sepatutnya berlaku memandangkan skim berkenaan telah diuar-uarkan kepada umum sebelum ini.


“Bagi kita, pendidikan kepenggunaan itu perlu lagi dipertingkatkan supaya pengguna dan peniaga ada hubungan akrab yang baik bagi melancarkan urusan jual beli,” katanya.

Mengulas lanjut, Shamsudin berkata, para pengguna disaran supayaĀ mendapatkan barangan keperluan terutama bahan mentah dengan lebih awal bagi memastikan kualitinya terjamin.

“Selain itu, kita tak mahu para pengguna bersesak-sesak di saat akhir hingga menjejaskan urusan mereka untuk mendapatkan sesuatu barangan,” katanya.Ā – BERNAMA

Kategori