Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Had Usia Beli, Jual...

KUALA LUMPUR - Had usia membeli dan menjual rokok dicadang dinaikkan kepada 21...

FifPro Kritik Maghribi Susulan...

MOSCOW - Keputusan untuk membenarkan pemain tengah Maghribi, Nordin Amrabat beraksi hanya selepas...

Gila! Pelanggan Terkejut Dicaj...

BARU sahaja diumumkan mengenai harga baru siling produk RON 95 kini menjadi RM2.08 seliter,...

Tiada Negeri Dianaktirikan Kerajaan...

KOTA BHARU - Kerajaan Persekutuan tidak pernah menganaktirikan mana-mana negeri termasuk Kelantan walaupun...

Masyarakat Sanjung Nilai Keislaman Dyana, Zairil DAP

KUALA LUMPUR – Nilai-nilai keislaman yang tinggi dalam diri dua tokoh Melayu DAP, Dyana Sofya Mohd. Daud dan Zairil Khir Johari wajar dicontohi oleh golongan muda muslim negara ini.

Kedua-dua mereka bukan sahaja menyertai majlis berbuka puasa dan memberi sumbangan kepada umat Islam, malah menghadiri majlis-majlis tahlil sekali gus membuktikan ciri-ciri muslim yang ampuh pada diri pemimpin DAP.

Masyarakat Sanjung Nilai Keislaman Dyana, Zairil DAP

Pada 13 Jun lalu, Dyana Sofya berbuka puasa bersama ibu-ibu tunggal di Sungai Samak, Teluk Intan, Perak anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan memberi sumbangan Ramadan kepada mereka.

Masyarakat Sanjung Nilai Keislaman Dyana, Zairil DAP

Nilai keislaman yang tinggi ditonjolkan Dyana Sofya waktu itu membuatkan penduduk Islam di kawasan berkenaan berasa teruja dan bersyukur dengan kehadiran wakil DAP terbabit.

Ibunya Marah Kacau Privasi, Anaknya Pula Kata Itu Ini...

Dyana Sofya kemudian mengedarkan kurma dan bubur lambuk di Taman Karentina dan Desa Aman seperti yang beliau war-warkan di media sosial baru-baru ini.


“Terima kasih warga ibu Sungai Samak dan tahniah kepada Puan Rosinah, Ketua Wanita PKR Teluk Intan atas kejayaan program ini,” kata Dyana Sofya di Facebook.

Beberapa hari kemudian Dyana Sofya singgah sahur di hospital, ibu pejabat polis, balai bomba dan jabatan perkhidmatan awam di Teluk Intan.

Zairil pada Ramadan ini mengagihkan bubur lambuk, berkunjung ke madrasah-madrasah, memberi sumbangan kepada orang ramai, anggota polis dan bomba yang berpuasa.

“Kita mempunyai tanggungjawab yang besar sebagai muslim,” katanya di media sosial. – MYNEWSHUB.CC 

Kategori