Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Rakyat Korea Utara Tak...

RAKYAT Korea Utara yang memiliki nama sama seperti pemimpin negara itu, Kim Jong-Un...

82 Pelajar Keracunan Makan...

KUALA LUMPUR - Seramai 70 pelajar Sekolah Menengah Poh Lam, Lahat, Perak mengalami...

Kerajaan Sokong Kebebasan BNM...

PUTRAJAYA - Kerajaan akan tetap menyokong kebebasan Bank Negara Malaysia (BNM) dalam mengurus...

PRN Johor: PAS Johor...

Johor Bahru : PAS Johor masih berharap penyatuan Muafakat Nasional (MN) pada Pilihan...

Mati Main Mercun, Penjaga Berdepan Tindakan

KUCHING – Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim hari ini melahirkan kekesalan atas kematian seorang kanak-kanak akibat bermain mercun di sini baru-baru ini dan mahu tindakan tegas diambil terhadap yang berkenaan.

“Saya ingin maklumkan kes ini dalam siasatan polis di bawah Akta Kanak-Kanak (Kecuaian Ibu Bapa). Kita akan bertegas untuk ambil tindakan di atas pengabaian kerana membiarkan anak bermain seorang diri tanpa pengawasan orang dewasa atau ibu bapa,” katanya.

Beliau ditemui pemberita pada Rumah Terbuka Aidilfitri di kediamannya di sini.

Mengulas lanjut, Rohani berkata beliau akan membawa kes itu untuk dibincangkan dalam Majlis Kanak-Kanak Malaysia yang dijangka bermesyuarat selepas sambutan Aidilfitri.

“Dalam pada itu, Jabatan Kebajikan Masyarakat bersedia untuk memberi kaunseling kepada ibu bapa serta ahli keluarga adik Haiqal Hakim, mereka mungkin masih trauma dengan insiden tersebut,” katanya.


Dalam kejadian tengah malam Ahad itu, seorang murid tahun enam maut akibat kecederaan di kepala selepas berlaku letupan kuat ketika dia bermain mercun di Kampung Bintawa Hilir, dekat sini.

Kejadian berlaku kira-kira 2.15 tengah malam ketika Haiqal Hakim Zolpaka, 12, bermain mercun seorang diri di luar kediaman ibu bapanya. – BERNAMA

Kategori