Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Sultan Selangor Dukacita Perpecahan...

SHAH ALAM - Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa dukacita dengan...

Kanak-Kanak Maut Dilanggar Kereta...

KUANTAN - Seorang kanak-kanak berusia dua tahun maut dilanggar kereta bapanya yang sedang...

Ketetapan PRU15 Tahun Ini...

PETALING JAYA : Keputusan Majlis Tertinggi (MT) UMNO berhubung pembubaran Parlimen dalam masa...

RMK12 Akan Tetapkan Hala...

KUALA LUMPUR - Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) yang dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat tidak lama lagi, akan menetapkan hala tuju ekonomi negara untuk jangka sederhana dan jangka panjang.Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed yang diumumkan dalam barisan kabinet baharu pada Jumaat berkongsi penekanan mengenai RMK12 tersebut selepas pelantikan beliau.

MBI Nafi Nyamuk Aedes Membiak Dalam Tangki

IPOH – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) menafikan tangki air yang terletak di Jalan Raja Dihilir, di sini, menjadi sarang pembiakan nyamuk Aedes sepertimana dakwaan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ong Boon Piow (DAP-Tebing Tinggi), kelmarin.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zamri Man berkata, pihaknya telah membuat pemeriksaan dan mendapati hanya nyamuk jenis kacau-ganggu yang terdapat dalam tangki terbabit.

Katanya, nyamuk jenis itu tidak berbahaya selain penggunaan ‘abate’ juga merupakan langkah yang diambil bagi memastikan tangki itu bebas daripada gangguan nyamuk Aedes.

“Kita sememangnya ada rekod berkaitan penggunaan abate itu dan kalau tak salah saya sekali setiap sebulan ia akan dibubuh ke dalam tangki tersebut,” katanya pada sidang media dalam lawatannya ke Bazar Ramadan di perkarangan Stadium Perak, di sini, hari ini.

Sebelum ini, akhbar tempatan melaporkan Ong telah melakukan tinjauan di tangki air tersebut dan mendakwa tangki itu dipenuhi jentik-jentik serta nyamuk Aedes.

Zamri berkata, pihaknya enggan mengulas lanjut berikutan ada dakwaan yang mengatakan perkara itu sengaja dipolitikkan oleh pihak pembangkang.


“Bagi kami ini isu biasa dan tugas kami adalah mentadbir dan melaksanakan tugas sebaik mungkin sepertimana yang dikehendaki oleh rakyat bandar raya ini,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Zamri berkata, MBI telah melaksanakan sejumlah 59 aktiviti gotong-royong di sekitar kawasan bandar raya sejak awal Januari tahun ini.

Katanya, aktiviti itu dijalankan bukan hanya bertujuan membersihkan kawasan sekitar malah untuk membasmi penularan nyamuk Aedes.

“Kita menerima sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat dalam sesi gotong-royong itu dan kita turut menasihatkan mereka supaya menjadikan kebersihan sebagai asas utama dalam kehidupan,” katanya. – BERNAMA

Kategori