Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

3 GAMBAR: Wanita Berlumuran...

Antara punca kenapa peragut selalunya kalau ditangkap orang ramai teruk kena belasah, inilah...

Pekerja Kedai Permainan Video...

KUALA LUMPUR - Seorang pekerja kedai permainan video dipenjara tujuh bulan oleh Mahkamah...

Lokap Di Seluruh Negara...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil langkah melaksanakan proses pembersihan atau...

Wanita Tukang Urut Bakar...

SIBU - Akibat tidak tahan dengan tekanan kerja sebagai tukang urut, seorang wanita...

Melaka Syarat Syarikat Tambak Bersih Muara

MELAKA – Kerajaan negeri bercadang untuk mensyaratkan semua syarikat penambakan laut melakukan kerja pembersihan muara sungai sebelum mereka membangunkan kawasan tambakan terlibat, sekali gus memelihara ekosistem dan kebajikan nelayan.

Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron berkata kerajaan negeri juga akan berbincang dengan semua syarikat konsesi penambakan laut di perairan Melaka bagi mendalamkan muara sungai yang cetek akibat kerja penambakan laut itu.

Beliau berkata perbincangan yang akan diadakan dalam tempoh terdekat itu adalah bagi memastikan kawasan perairan negeri ini terutama bahagian muara sungai agar tidak terjejas akibat kerja penambakan, yang seterusnya boleh mengancam pendapatan nelayan.

“Daripada pemerhatian kita, muara sungai kita kelihatan cetek ekoran kegiatan kerja-kerja penambakan laut yang tidak terkawal dari segi pergerakan tekanan air di kawasan perairan itu.

“Muara sungai yang mana dulunya boleh dilalui sampan kini dah tak boleh lalu lagi susulan keadaan pasir yang bergerak mengikut pergerakan air hingga mewujudkan timbunan pasir,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di sini hari ini.

Sementara itu, Idris berkata kerajaan negeri meminta agar semua projek berkaitan jalan raya termasuk jalan persekutuan dan negeri dihentikan selama 13 hari bermula 20 Jun hingga 2 Julai depan bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas menjelang Aidilfitri.


“Ia bertujuan memberi keselesaan kepada orang ramai yang bakal pulang ke kampung bagi menyambut Hari Raya,” katanya.

Selain itu, beliau turut meminta semua pihak berkuasa tempatan (PBT) menyediakan jadual khas bagi program pembersihan yang akan dilaksanakan sepanjang musim perayaan.

“PBT perlu menjaga kualiti kebersihan negeri supaya berada pada tahap terbaik setiap masa bertepatan dengan slogan ‘Don’t Mess With Melaka’,” katanya. – BERNAMA

Kategori