Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Indonesia Bantah Penyertaan Malaysia...

PALEMBANG – Presiden Persatuan Sepak Takraw Indonesia (PSTI) Asnawi Abdul Rachman menyelar tindakan...

TNB N.Sembilan Beri Sumbangan...

KUALA KLAWANG - Tujuh puluh anak yatim dan fakir miskin dari beberapa kampung...

Wan Azizah Diperintah Bayar...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan Presiden PKR, Datuk...

Banteras Jenayah Dadah Fokus...

TAWAU - Penglibatan pelajar dalam kegiatan penyalahgunaan dadah di daerah ini tidak begitu...

MH128 Dijangka Pulang Ke Malaysia Hari Ini

KUALA LUMPUR – Pesawat Malaysia Airlines Berhad penerbangan MH128 dijangka akan pulang ke Malaysia hari ini selepas segala pemeriksaan aspek keselamatan selesai dijalankan.

Perkara itu dinyatakan oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai pada satu sidang media di Wisma MCA, hari ini.

Menurut beliau, pemeriksaan semula terhadap pesawat terbabit dijalankan sepanjang malam tadi bagi membabitkan bagasi penumpang, barang kargo serta saringan keselamatan penumpang.

“Segala proses saringan keselamatan yang dibuat itu akan mengambil sedikit masa, namun saya tiada sebarang maklumat lanjut mengenai tempoh waktu pesawat terbabit kembali ke Malaysia.

“Saya akan keluarkan kenyataan nanti mengenai kepulangannya, tetapi MH128 dijangka kembali secara selamat hari ini,” katanya.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai

Mengulas mengenai insiden yang berlaku dalam pesawat berkenaan, Tiong Lai berkata tiada kompromi dalam melibatkan soal keselamatan penerbangan.

“Kita tidak akan kompromi dalam hal ini kerana ia adalah perkara serius yang melibatkan soal keselamatan pesawat dan penumpang.

“Namun saya bersyukur tiada sebarang perkara yang tidak diingini berlaku dalam insiden semalam,” katanya.


Dalam kejadian itu, pesawat MH128 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Tullamarine Melbourne pukul 11.11 malam waktu tempatan dan dijadual tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang 5.28 pagi Khamis.

Bagaimanapun, pesawat MAB jenis Airbus A330-300 itu dilaporkan berpatah balik ke lapangan terbang kedua tersibuk di Australia tersebut beberapa minit kemudian ekoran cubaan gangguan daripada seorang penumpang.

Penumpang disyaki mahu menceroboh itu cuba ditahan oleh 11 penumpang lain dan suspek dikatakan berlari memasuki ruang kokpit.

Suspek yang merupakan warga Sri Lanka itu bagaimana pun berjaya ditahan dan insiden berkenaan masih lagi dalam siasatan polis. – MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=EESi78JMKkA

Kategori