Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Speaker Ancam Letak Jawatan...

YANG Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dilaporkan memberi kata dua...

Google Stadia, Ibarat Netflix...

GERGASI teknologi, Google memperkenalkan perkhidmatan penstriman permainan video, Stadia yang disifatkan seperti Netflix...

Lelaki Ditemui Lemas Di...

MELAKA - Seorang lelaki ditemui lemas di Sungai Melaka, Jalan Bunga Raya Pantai...

Giliran Demi Lovato Tampil...

SEMEMANGNYA tampil bogel untuk majalah bagi kalangan selebriti Hollywood adalah sesuatu perkara yang...

MHC Harap Pertimbangan Kali Kedua Akan Berhasil

SEPANG – Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) berharap pertimbangan kali kedua untuk skuad lelaki negara disenaraikan dalam Program Podium akan berjaya susulan kejayaan pasukan itu menempah tiket ke pusingan akhir Piala Dunia 2018 di India.

Presiden MHC, Datuk Seri Subahan Kamal berkata pertimbangan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk cadangan skuad itu diserapkan ke dalam ProgramPodium  akan berhasil selepas gagal melepasi proses penilaian ketika program itu dilancarkan awal tahun lepas.

“Sekiranya pemain skuad kebangsaan diserap ke dalam Program Podium…saya berjanji mereka ini tidak akan menghampakan Menteri Belia dan Sukan (Khairy Jamaluddin),” katanya kepada pemberita selepas menyambut kepulangan skuad itu dari London di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.

Malaysia menempah tiket ke Piala Dunia 2018 di Bhubaneswar, India selepas mengalahkan India 3-2 pada aksi suku saingan Separuh Akhir Liga Hoki Lelaki Dunia (WMHL) di London.

Malaysia kemudian mengakhiri kempen London di tempat keempat selepas kalah 4-1 kepada England pada perlawanan menentukan tempat ketiga.

Program Podium adalah inisiatif jangka panjang yang disusun rapi untuk memastikan atlet negara mencapai kecemerlangan di pentas dunia termasuk pada Sukan Asia 2018, Sukan Komanwel 2018 dan Sukan  Olimpik Tokyo 2020.


Subahan berkata  melalui Program Podium, ia akan membantu dari segi mengurangkan kos persatuan dan memberi lebih banyak pendedahan (pertandingan) kepada pemain.

Katanya, walaupun MHC mempunyai banyak penaja tetapi ia tidak mencukupi untuk menanggung semua perbelanjaan termasuk bayaran gaji staf, jurulatih, pengadil, venue latihan serta kos menyertai latihan dan pertandingan di benua Eropah.

Jumaat lepas, Khairy berkata kementeriannya akan mempertimbangkan cadangan supaya skuad itu diserapkan ke dalam Program Podium dan cadangan berkenaan akan diperhalusi oleh  Jawatankuasa Pelan Prestasi Tinggi KBS selepas temasya Sukan SEA 2017, Ogos ini. – BERNAMA

Kategori