Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

PKR Bertambah Kuat Tanpa...

KUALA LUMPUR - Parti Keadilan Rakyat (PKR) bertambah kuat sejak tidak bekerjasama dengan...

Kelantan Kurang Guru Mata...

BACHOK: Kementerian Pendidikan meneliti masalah kekurangan guru mata pelajaran Bahasa Inggeris di Kelantan...

NZ Usir Wanita HK...

WELLINGTON - Seorang wanita asing yang menyembunyikan enam biji buah lemon di dalam...

Inisiatif Baharu KR1M Libat...

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan menambah lebih banyak penglibatan rakan strategik dalam inisiatif...

Minta Wang: SPRM Sedia Bekerjasama Dengan Polis

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersedia untuk bekerjasama dengan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) susulan penahanan seorang pegawainya kerana disyaki meminta wang daripada anggota polis.

Dalam kenyataan hari ini, SPRM menegaskan bahawa pihaknya tidak akan berkompromi dengan kesalahan pegawai terbabit yang dilakukan di Bukit Mertajam, Pulau Pinang semalam.

“Perbuatan seumpama itu sama sekali tidak mewakili suruhanjaya yang sentiasa mendukung prinsip undang-undang dan Perlembagaan negara dalam melaksanakan setiap tanggungjawab yang diamanahkan,” katanya.

Baca: Pegawai SPRM Pula Ditangkap Polis

Justeru, SPRM mengalu-alukan tindakan tegas pihak polis dalam melaksanakan penahanan itu dan tidak akan mencampuri siasatan yang dijalankan.

Ekoran kejadian tersebut, katanya SPRM akan melakukan pemeriksaan dalaman yang tegas terhadap semua pegawai bagi mengelakkan kejadian sama berulang pada masa akan datang.


“Pendirian SPRM tidak akan berganjak walaupun seinci sekiranya terdapat pegawai sendiri melakukan jenayah sedemikian dan tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang melakukan kesalahan yang mencemarkan reputasi dan nama baik SPRM,” katanya. – BERNAMA

Kategori