Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Harga Minyak Semakin Dekat...

SINGAPURA - Harga minyak terus mencatatkan kerugian dalam dagangan hari ini selepas merosot...

Abang Johari Nafi Kerajaan...

KUCHING - Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menafikan kerajaan...

Kecoh 3 Patung Dewi...

BEIJING - Tular foto memaparkan tiga patung dewi China ditempatkan di kerusi penumpang...

Polis Rekod 40 Individu...

GEORGE TOWN - Polis merekodkan keterangan 40 individu bagi membantu siasatan berhubung kejadian...

Mizz Nina Kini Gemar Ngaji Sejak Hijab 2013

PUTRAJAYA – Sebelum ini Mizz Nina sering digelar sebagai ratu hip-hop Malaysia, namun segala-galanya berubah dramatik selepas beliau memakai hijab sejak 2013.

Kegiatan kerap dilakukan beliau kini, menurut laporan mStar Online, lebih tertumpu kepada membaca al-Quran pada setiap pagi manakala hujung minggu pula beliau menghadiri kelas mengaji.

“Setiap pagi saya akan membaca Al-Quran dan hujung minggu saya ada kelas mengaji pula. Saya rasa lebih tenang dan seronok menjalani hari-hari saya. Walaupun kadang-kala ada juga perasaan malas tapi saya paksa juga.

“Lama-kelamaan sudah menjadi amalan setiap hari. Buat masa ini, saya masih lagi dalam proses belajar sebutan ayat dengan tepat dan betul,” kata Mizz Nina yang kini lebih selesa menjadi pengacara program televisyen.

Mizz Nina atau nama sebenarnya iaitu Syazrina Azman, 36 tahun, berkata beliau sedang berusaha menguatkan diri untuk sentiasa istiqamah dalam penghijrahannya.


“Saya masih lagi berusaha keras untuk memastikan penghijrahan saya tidak terhenti separuh jalan. Sebab itu orang selalu cakap bila nak berubah ke arah yang lebih baik ini kena istiqamah.

“Selain itu, kawan-kawan yang rapat juga memainkan peranan penting. Kena saling mengingati satu sama lain untuk melakukan perkara yang wajib dan baik,” ujarnya. – Agensi

Kategori