Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Hari Ini Langkah Permulaan...

KUALA LUMPUR - Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang bermula hari ini diharap menjadi...

UniFi Catat Pelanggan Ke...

KUALA LUMPUR – UniFi berjaya mencatat jumlah pelangan ke sejuta yang mana ia...

6 Ditahan Kes Lempar...

GEORGE TOWN - Enam lelaki ditahan bagi membantu siasatan kes sekumpulan lelaki bermotosikal...

44 Cedera Dalam Taufan...

TOKYO - Taufan Vongfong membadai pulau Kyushu di selatan Jepun, mengakibatkan 44 orang...

MRT Fasa 2 Semantan-Kajang Dilancarkan PM 17 Julai Ini

SEPANG – Pembinaan Fasa 2 perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) laluan Semantan-Kajang kini 99 peratus siap dan akan dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, mengikut jadual pada 17 Julai ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Malaysia Berhad, Datuk Seri Azmi Abdul Aziz berkata laluan sepanjang 31km itu kini dalam proses pelbagai ujian dan fasa kedua itu akan melengkapkan operasi laluan MRT Sungai-Buloh-Kajang sepanjang 51km.

Fasa 1 MRT sepanjang 20km dari Sungai Buloh-Semantan mula beroperasi Disember lepas.

Katanya, ujian ini perlu dijalankan bagi memastikan pergerakan tren tidak mengalami kecacatan selepas perkhidmatan dilancarkan.

“Kalau kita lihat tren sudah sampai ke Kajang.., itu adalah proses pengujian,” katanya kepada pemberita pada majlis penghantaran 49 Kapten Tren Haji Al Mashaaer Al Mugaddassah Metro Southern Line (MMMSL) di Tanah Suci Makkah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA),di sini hari Ini.

Mengulas projek Rel Transit Ringan (LRT) Line 3 (LRT3) dari Bandar Utama di sini ke Johan Setia, Klang, Azmi berkata tender utama akan diberikan bulan depan dan projek bernilai RM9 bilion itu dijadual siap pada Ogos 2020.


Mengenai status bidaan pengangkutan awam di Indonesia dan India, Azmi tanpa mengulas lanjut, memaklumkan Prasarana sedang bekerjasama untuk melatih pekerja dengan Jakarta MRT dan LRT melatih pekerja untuk Malaysia-Indonesia.

Syarikat itu kini dalam proses pembidaan atau rundingan awal dengan tiga pasaran luar iaitu Brunei, Indonesia dan India bagi menjadi operator dalam pelbagai sistem pengangkutan awam. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • MRT

Kategori