Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Tambah Had Siling Pembiayaan...

KUALA LUMPUR - Kerajaan meningkatkan had siling pembiayaan skim jaminan kerajaan di bawah...

Mufti Mahu Pengaruh Negatif...

MIRI - Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) di Sarawak perlu agresif dalam...

Penjara Setahun, Denda RP100...

RAKYAT Indonesia yang didapati bersalah “mudik” atau balik ke kampung bagi menyambut Aidilfitri 1441...

Petronas Bina MRSM Bintulu...

BINTULU - Petroliam Nasional Berhad (Petronas) akan membina Maktab Rendah Sains Mara (MRSM)...

MAB Meterai Perjanjian Sokongan FHS Dengan Airbus

KUALA LUMPUR – Pembuat pesawat, Airbus, menjalin usaha sama dengan Malaysia Airlines Bhd (MAB) bagi menyediakan komponen sokongan ‘Flight Hour Services’ (FHS) bagi barisan enam pesawat baharu A350 XWB syarikat penerbangan itu, serta kumpulan 18 pesawat A330 sedia ada.

Perjanjian itu ditandatangani semasa Pameran Udara Paris hari ini oleh Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif MAB Peter Bellew dan Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Program Airbus Didier Evrard.

Dalam kenyataan bersama hari ini, syarikat itu berkata perjanjian jangka panjang itu meliputi jaminan kesediaan alat ganti yang luas untuk A350 XWB dan Unit penggantian A330 selain perkhidmatan penyelenggaraan dan logistik di pangkalan utama MAB dan lokasi luar terpilih.

“Perjanjian FHS dengan MAB akan meningkatkan kehadiran perkhidmatan oleh Airbus” di Malaysia, yang termasuk kemudahan penyelenggaran dan baik pulih menyeluruh (Sepang Aircraft Engineering) anak syarikat perkhidmatan pelanggan yang menawarkan khidmat reka bentuk dan modifikasi kejuruteraan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur,” katanya. – BERNAMA

Kategori