Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Khazanah Perjelas Artikel Babitkan...

KUALA LUMPUR – Khazanah Nasional Bhd. menyifatkan artikel oleh sebuah akhbar harian bahawa...

14,095 Kanak-Kanak Tidak Bernegara...

PETALING JAYA - Menurut rekod Kementerian Dalam Negeri (KDN), seramai 14, 095 kanak-kanak...

Mahkamah Tolak Permohonan Najib...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan Datuk Seri Najib Tun...

e-Sukan Tawar Hadiah Lebih...

KUALA LUMPUR : Hadiah wang tunai lebih RM20, 000 ditawarkan dalam pertandingan sukan...

Bakal Ada Kompleks Olahraga Tertutup Pertama

KUALA LUMPUR – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan membina sebuah kompleks olahraga tertutup bertaraf antarabangsa pertama di Asia Tenggara sebagai langkah menggandakan usaha membangunkan sukan olahraga di negara ini.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata idea tersebut merupakan aspirasi terhadap kejayaan tiga atlet paralimpik olahraga iaitu Muhammad Ziyad Zolkefli, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi dan Abdul Latif Romly yang telah mengharumkan nama negara di temasya Sukan Paralimpik Rio 2016.

Khairy berkata kompleks tertutup tersebut bakal dibangunkan di atas tapak balapan dan padang bola sepak Kompleks Sukan Kampung Pandan yang meliputi kawasan seluas kira-kira satu ekar.

“Ia kini dalam peringkat terakhir untuk kita memuktamadkan skop pembangunan kompleks sukan tersebut. Pembangunan ini akan dibuat di atas tapak yang mempunyai balapan dan padang seluas 1 ekar lebih.


“Kompleks tersebut akan dilengkapi dengan trek larian, padang sintetik, gelanggang serbaguna dan juga beberapa kemudahan sukan lain,” katanya pada sidang media selepas menghadiri sesi dialog Transformasi Nasional 50 (TN50) bersama warga sukan di Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil di sini, hari ini.

Bagaimanapun Khairy berkata projek pembangunan tersebut masih dalam proses menanti kertas kerja daripada mana-mana pihak yang berminat. – BERNAMA

Kategori