KUALA LUMPUR – Malaysia menzahirkan rasa sedih atas insiden pesawat tentera Myanmar yang terhempas di Laut Andaman dekat Wilayah Thanintharyi pada 7 Jun lepas.
“Malaysia mengucapkan takziah dan rasa simpati kepada Kerajaan Myanmar dan seluruh rakyat Myanmar terutama anggota keluarga yang terlibat, atas kehilangan ini,” menurut kenyataan Kementerian Luar hari ini.
“Semoga anggota keluarga yang terlibat terus tabah dan sabar dalam menghadapi saat-saat sukar ini,” kata kenyataan itu.
Pesawat membawa 122 orang itu dilaporkan terhempas di Laut Andaman ketika terbang dari bandar Myeik di selatan Myanmar menuju ke Yangon.
Tiga puluh satu mayat mangsa tragedi itu dilaporkan telah ditemui setakat ini. – BERNAMA