SEREMBAN – Melaka United menewaskan Negeri Sembilan 3-2 dalam aksi persahabatan di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, di sini, malam ini.
Gol-gol Melaka United dijaringkan Felipe Souza pada minit ke- 49, R.Surendran, minit ke-77 dan Jasmir Mehat, minit ke-85.
Negeri Sembilan membuka jaringan menerusi Jonathan Behe pada minit ke-44 yang menyepak masuk bola ke dalam gawang ketika suasana kelam kabut berlaku di dalam kawasan kotak penalti Melaka United.
Bersambung babak kedua perlawanan, Skuad Rusa berjaya menambah jaringan menerusi Bruno Suzuki pada minit ke-47 menjadikan kedudukan semasa 2-0.
Pasukan pelawat bagaimana pun berjaya menjaringkan gol dua minit selepas itu menerusi rembatan kencang Souza dari kotak penalti yang berjaya memperdayakan pertahanan Negeri Sembilan dan penjaga gol Kaharudin Abdul Rahman.
Melaka United bagaimana pun berjaya merapatkan kedudukan selepas Surendran menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-77 dan Jasmir menjaringkan gol kemenangan pasukan pada minit ke-85. – BERNAMA