Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Komunis Tidak Layak Diagung-Agungkan...

KANGAR - Persatuan Veteran Angkatan Tentera Tidak Berpencen Malaysia (PVATTBM) menyambut baik teguran...

Cadangan Petani Dikecualikan GST...

ALOR SETAR - Kerajaan negeri akan memanjangkan cadangan Pertubuhan Peladang Negeri Kedah kepada...

Polis Buru Pemandu Perodua...

BESUT - Polis sedang mengesan seorang pemandu kereta Perodua Viva bagi membantu siasatan...

Suami Isteri Antara 6...

KANGAR – Sepasang suami isteri dan dua remaja lelaki antara enam orang positif...

Mud Ball Mampu Rawat Air Sungai Tercemar

JOHOR BAHRU – Inovasi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pasir Gudang menghasilkan bebola tanah liat atau lebih dikenali sebagai Mud Ball, dilihat mampu merawat air sungai yang tercemar terutama di kawasan perairan Pasir Gudang.

Melalui program khidmat sosial sekolah tersebut dengan kerjasama Majlis Pembandaran Pasir Gudang (MPPG), penghasilan Mud Ball melibatkan seramai 92 pelajar tingkatan lima.

Pengetua sekolah itu, Rosnah Ismail berkata, pelan perkongsian pintar bersama MPPG ini memberi manfaat kepada pelajar selain membantu menyelesaikan masalah pencemaran serta membaik pulih kualiti air sedia ada.

“Dengan meletakkan Mud Ball ke dalam air, bola campuran tanah liat dan bahan-bahan organik itu mampu menstabilkan pH air, mengurangkan bau busuk air serta memecahkan molekul-molekul organik, sisa sampah dan sebagainya.

“Seperti sedia maklum keadaan air sungai di Pasir Gudang agak kotor terutama Sungai Masai kerana aktiviti perindustrian. Justeru, kami mengambil langkah untuk bekerjasama dengan MPPG bersama-sama membaik pulih air di daerah ini,” katanya dalam temubual dengan Bernama, baru-baru ini.

Sementara itu, guru dan juga penyelaras program itu, Zaifarizah Md Sukor berkata Mud Ball yang dihasilkan juga akan diambil dan dibayar MPPG.

“Program ini bukan sahaja bermanfaat malahan mampu menjana kewangan dan hasil bayaran yang diterima akan disalurkan kepada koperasi sekolah dan bantuan bayaran yuran pelajar yang terlibat,” katanya.


Selain itu, Pegawai Pejabat Pendidikan Johor Norfazli Jalani menyifatkan penghasilan Mud Ball oleh pelajar dan guru sangat menepati konsep pendidikan abad ke-21.

“Ini merupakan projek yang sangat baik, dari segi kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Pelajar dapat mengaplikasi ilmu yang diperoleh tersebut untuk masa hadapan nanti,” katanya.

“Berdasarkan maklumat awal yang saya terima daripada pihak MPPG, pH asal air sungai yang dijadikan kajian adalah bersifat asid tetapi setelah Mud Ball digunakan, pH air berubah menjadi neutral,” katanya.

Selain sekolah tersebut, projek bersama MPPG ini turut melibatkan pelajar SMK Nusa Damai dan Maktab Sains Rendah Mara (MRSM) Johor Bahru. – BERNAMA

Kategori