Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Sultan Nazrin Terima Menghadap...

IPOH : Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini berkenan menerima menghadap Perdana...

Polis Sah Cubaan Rakyat...

MELAKA - Polis mengesahkan terdapat cubaan rakyat negara ini untuk “berjihad” di Rakhine,...

Teman Lelaki Siti Nuramira...

PETALING JAYA : Teman lelaki, Siti Nuramira Abdullah yang didakwa menghina Islam di...

Pahang Akan Laksana Projek...

BERA - Kerajaan negeri Pahang akan melaksanakan projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pahang...

Muhyiddin Disaman Bekas Aktivis PPBM RM10 Juta

KUALA LUMPUR – Bekas ketua aktivis PPBM Negeri Sembilan, Mohd. Anas Sudin hari ini bertindak memfailkan saman fitnah terhadap presiden parti tersebut sendiri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut portal berita tempatan BNBBC, peguam kepada Anas, Hazwan Mohd. Nor dilaporkan berkata bahawa saman tersebut telah pun difailkan di pejabat Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di sini pada Selasa.

Hazwan juga mengesahkan anak guamnya itu turut menuntut RM10 juta sebagai ganti rugi. Sementara itu Mohd. Anas menegaskan, bahawa beliau kecewa dituduh menjadi ahli PKR oleh Ahli Parlimen Pagoh tersebut.

“Fitnah ini telah memberi kesan besar ke atas saya dan masyarakat. Ada yang menuduh saya menjadi lalang dan tupai. Saya amat kecewa kerana pernah berjuang bersama-sama dengan UMNO selama 30 tahun.

“Kemudian berkorban menyertai PPBM. Saya tiada apa-apa kaitan dengan PKR, bagaimana beliau boleh menuduh saya sebagai ahli PKR?” tambah Mohd. Anas ketika ditemui pemberita di kompleks mahkamah itu.


Beliau turut mendedahkan bahawa Muhyiddin juga langsung tidak layak menjadi presiden parti tersebut bahkan jelas tiada agenda untuk memperjuangkan kepentingan seluruh rakyat. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori