Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Apa Tu, Panduan Manipulasi...

TEKA-TEKI mengenai hutang negara yang secara tiba-tiba mencecah RM1 trilion kini mungkin berjaya...

Lelaki Indonesia Ini Tak...

RASA-RASANYA perlawanan bola sepak separuh akhir antara pasukan Malaysia dan Indonesia antara yang...

Malaysia Desak Myanmar Dakwa...

NEW YORK - Komuniti antarabangsa perlu bersatu bagi menggesa suruhanjaya siasatan bebas Myanmar...

Jepun Dikejutkan Kejadian 2...

Tokyo – Jepun dikejutkan dengan tindakan dua budak perempuan yang hanya berusia 11...

Muntah Yang Jijik Tapi Sangat Berharga

SEBUT sahaja tentang muntah, pasti akan rasa jijik dan kembang tekak bukan? Namun bagaimana jika sisa buangan itu menjadi bahan yang sangat berharga hingga mencecah jutaan ringgit?

Ambergris atau muntah ikan paus merupakan satu bahan yang bersifat mudah terbakar seperti lilin di mana ia berfungsi sebagai pelindung kepada haiwan mamalia terbesar di dunia itu daripada memakan makanan yang tidak sepatutnya dimakan oleh haiwan itu.

Kebiasaannya muntahan ikan paus ini akan terdampar di pantai setelah hanyut dari laut. Ia berbentuk seakan-akan batu tetapi mempunyai sifat yang lembut.

Apa yang membuatkan ambergris menjadi buruan dan hargnya yang sangat mahal adalah, ia menjadi bahan utama dalam penghasilan minyak wangi di mana ia berfungsi untuk mengekalkan haruman minyak wangi.

Jadi tidak hairanlah jika ianya diburu oleh pengeluar minyak wangi berjenama terkemuka di seluruh dunia.

Antara mereka yang bertuah untuk menemui ambergris adalah pasangan dari Lancashire, UK Angela dan Gary yang menemui ambergris di Pantai Middleton tidak jauh dari kediaman mereka.

Menurut pasangan itu, ambergris yang ditemui itu berharga sekitar 930 pound sterling dan mempunyai bau yang kurang menyenangkan.

“Ia seperti bau kotoran manusia yang bercampur dengan muntahan,” kata pasangan itu.


Malah nasib seorang nelayan di Oman, Khalid Al Sinani terus berubah selepas menemui longgokan ambergris ketika menangkap ikan di pesisir pantai negara itu.

Khalid menemui longgokan ambergris seberat 60 kilogram ketika memeriksa jalanya di luar pantai Qurayat.

“Saya dalam pelayaran pulang apabila terhidu bau yang sangat busuk tidak jauh dari bot saya. Apabila memeriksanya saya ternampak selonggok besar bahan terapung di air.

“Saya menggunakan tali untuk menariknya. Beratnya lebih 60 kilogram sedangkan bot saya hanya enam meter panjang,” katanya menceritakan kembali saat penemuan yang kini mengubah hidupnya.

Menurut pakar, longgokan ambergris yang ditemui Khalid itu adalah bernilai lebih RM11 juta!!

Selepas penemuan itu, Khalid terus berhenti menjadi nelayan dan kini menjalani hidup mewah di Oman. – MYNEWSHUB.CC

Kategori